Halaman

Jumaat, 2 Februari 2024

KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?

 




KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ? 


Soalan:


Ketika sedang sujud adakah kedua kaki direnggangkan atau dirapatkan. Mana satu cara yang betul?


Jawapan:


Adalah harus ketika sujud seorang itu merenggangkan antara kedua tapak kakinya atau merapatkannya. Jumhur ulama’ mengatakan bahawa sunat merenggangkan kedua tapak kaki ketika sedang sujud manakala ulama’ mazhab Hanafi berkata sunat dirapatkan akan keduanya.


Diriwayatkan dari Abu Humaid r.a beliau menceritakan tentang cara solat Nabi saw dengan katanya:


وإذا سجد فَرَّج بين فخذيه

“Apabila Nabi saw sujud baginda merenggangkan antara kedua pahanya.” [Hadith ini sahih yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud (no 735)]


Berkata Imam Syaukani:


( فرَّجَ بين فخذيه ) أي : فرق بين فخذيه ، وركبتيه ، وقدميه . قال أصحاب الشافعي : يكون التفريق بين القدمين بقدر شبر

“Merenggangkan antara dua pehanya itu ertinya merenggangkan antara kedua peha dan kedua lutut dan kedua tapak kakinya. Dan berkata ashab Syafie: Adalah merenggangkan antara kedua tapak kaki itu ialah kadar sejengkal.” (Kitab Nailul Authar: 2/297)


Berkata Imam Nawawi:


قال الشافعي والأصحاب : يستحب للساجد أن يفرج بين ركبتيه وبين قدميه . قال القاضي أبو الطيب في تعليقه : قال أصحابنا : يكون بين قدميه قدر شبر

Telah menyebut oleh Imam Syafie: “Adalah disunatkan bagi orang yang sujud bahawa merenggangkan antara dua lututnya dan dua tapak kakinya.” Berkata Qadhi Abu Tayyib pada takliqnya: “Berkata ashab kami adalah renggang antara dua tapak kaki itu ialah kadar sejengkal.” (Al-Majmu' : 3/407)


Wallahua'lam.