CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

KONGSIKAN

Isnin, 5 Jun 2017

MENAIKKAN SUARA SEDIKIT APABILA BERSELAWAT, KETIKA NAMA NABI صلى الله عليه وآله وسلم DISEBUTKAN DALAM MAJLIS HADITH.

Oleh : Ustaz Abdul Rahman

Teringat semasa menghadiri majlis-majlis hadith di Mesir, apabila nama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang mulia disebutkan, maka para hadirin akan berselawat secara kuat kerana mengagungkan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.

Tapi apabila balik ke Malaysia, saya lihat amalan seperti ini tidak ada. Apabila nama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم disebutkan, masing-masing macam malu-malu alah nak berselawat dengan kuat. Kalau selawat pun macam gaya malas je. Malah ada yang buat tak tahu je. Mulut langsung tak berkumat-kamit.
Sebenarnya antara amalan yang dianjurkan ketika duduk dalam majlis hadith ialah berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وآله وسلم secara kuat sedikit setiap kali nama Baginda yang mulia disebutkan.

Kata Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Azkar:

يستحب لقارئ الحديث وغيره ممن في معناه إذا ذكر الرسول صلى الله عليه وآله وسلم أن يرفع صوته بالصلاة عليه والتسليم، ولا يبالغ في الرفع مبالغة فاحشة.
 "Disunatkan bagi orang yang membaca hadith dan orang lain yang semakna dengannya, apabila disebutkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, (disunatkan) mengangkat suaranya dengan selawat dan salam ke atasnya. Dan janganlah dia mubalaghah (berlebih-lebihan) dalam mengangkat (suara) dengan mubalaghah yang keji"

Bahkan sebenarnya, selawat itulah antara punca keberkatan majlis hadith tu. Kata Abu Ahmad Az-Zahid:

أبرك العلوم وأفضلها وأكثرها نفعا في الدين والدنيا بعد كتاب الله تعالى أحاديث الرسول صلى الله عليه وآله وسلم لما فيها من كثرة الصلاة عليه.
"Ilmu yang paling berkat, paling afdhal dan paling banyak manfaatnya dalam agama dan dunia selepas Kitabullah (Al-Quran) ialah (ilmu) hadith Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kerana dalamnya terdapat banyak selawat ke atasnya"

Jadi lepas ni kalau duduk dalam majlis hadith, janganlah malas nak berselawat dengan bersuara.
Sanad nak, selawat tak nak..

(Rujukan: Al-Qaul Al-Badi' / Imam Sakhawi / Maktabah Azhariyyah / halaman 379 & 380)



https://www.facebook.com/abdulrahman.zaujah/posts/1777331752503904

Tiada ulasan: