CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

KONGSIKAN

Jumaat, 28 Oktober 2016

Kekuatan di Sebalik Peribadi Sultan al-Fatih






Oleh : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni

Matan Hadith:


أخرج أحمد في المسند (18189) والبخاري في التاريخ الكبير (1760) والحاكم في المستدرك (8300) والبزار والطبراني عن عبدالله بن بشر الغنوي عن أبيه أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول: لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش .

Terjemahan: "Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya".

Syarah Hadith: Ramai ulama yang berpendapat bahawa pemimpin yang dimaksudkan dalam hadith di atas ialah Sultan Muhammad II bin Sultan Murad II al-'Uthmani yang masyhur dengan gelaran "al-Fatih" (m. 886H).

Beliaulah yang berjaya menakluk kota Constantinople dan mengubahnya menjadi pusat pemerintahan Kerajaan 'Uthmaniyyah yang terkenal dengan nama 'Islambul' (yang bermakna Kota Islam), yang sekarang disebut 'Istanbul', di Turki.

Maka mereka menyebut bahawa ini adalah satu penghormatan kepada Sultan Muhammad al-Fatih di mana Nabi SAW telah mengkhabarkan tentang kemunculannya serta memujinya. Sebenarnya sebelum beliau, atas semangat menjadikan diri masing-masing yang dimaksudkan oleh Nabi SAW itu, ramai pemimpin Islam berusaha untuk menawan kota Costantinople berkenaan.

1. Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan.

2. Di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-'Ibar oleh Ibnu Khaldun 3/70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315)

3. Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H.

4. Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pula oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk. Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjaya mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M.

5. Daulah ‘Uthmaniyyah di awal kurun ke-8H/14M, telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Di zaman Sultan Yildrim Beyazid (m. 1402M) beliau telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H/1393M. dan memaksa Maharaja Byzantine menyerahkan Costantinople secara aman kepada umat Islam. Tetapi, usahanya itu menemui kegagalan kerana tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah ‘Uthmaniyyah dan telah memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Namun, beliau telah ditawan.

6. Kemudian Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) meneruskan usaha menawan Costantinople, namun tidak berjaya sehinggalah ke zaman anak beliau,

Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah ‘Uthmaniyyah.

Peribadi Sultan al-Fatih Sultan Muhammad Al-Fatih menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, dan kekuatan beliau banyak terletak pada ketinggian peribadinya.

Ini kerana atas keprihatinan ayahnya, semenjak kecil beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terkenal di zamannya.

Antara gurunya ialah Syeikh Ahmad bin Ismail Al-Kurani (m. 893H), orang yang disebut oleh Sultan al-Fatih sebagai "Abu Hanifah di Zamannya".

Beliau juga mempunyai hubungan yang baik dengan para ulama lain antaranya;

1. seorang syeikh Tariqat Naqsyabandiyyah, al-Mulla 'Abdul Rahman al-Jami (m. 898H),

2. seorang pakar ilmu kalam, al-Qadhi Mustafa bin Yusuf yang masyhur dengan gelaran "Khawajah Zadah" (m. 893H), yang telah menyusun kitab al-Tahafut dengan perintah Sultan al-Fatih, iaitu tentang kajian komparatif antara kitab Tahafut al-Falasifah oleh al-Ghazali dan kitab Tahafut al-Hukama' oleh Ibn Rusyd,

3. seorang alim sufi, Syeikh Muhammad bin Hamzah yang masyhur dengan gelaran "Aq Syamsuddin" Ad-Dimasyqi Ar-Rumi (nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA). Yang terakhir di atas, mengajar al-Fatih ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur'an, Hadith, Fiqh, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya.

Syeikh Aq Syamsuddin telah berfirasat bahawa al-Fatih adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan, lalu beliau memberikannya sokongan dan meyakinkannya. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemuinya lalu menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan.

Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi beliau dan mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri baginda dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, "...Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Syeikh Aq Syamsuddin."

Sebagaimana yang diketahui, kebanyakan ulama dalam Kerajaan 'Uthmaniyyah adalah bermazhab Maturidiyyah dari segi akidah, bermazhab Hanafi dari segi fiqh dan merupakan ahli tasawuf.

Didikan dan bimbingan yang diterima oleh Sultan Muhammad al-Fatih dari para ulama inilah antara rahsia kekuatan dan kejayaan baginda. Sehingga Nabi SAW memberitakan tentang diri beliau serta memujinya ratusan tahun sebelum kemunculannya.

Fakta ini mungkin menyebabkan kumpulan "tajdid" yang membenci aliran tradisi berasa kurang senang. Maka cara menangkisnya ialah dengan mengatakan bahawa hadith ini adalah da'if! Bagaimana mereka dapat menangkis jika ramai ulama yang menyatakan bahawa ianya sabit dari Rasulullah SAW seperti al-Hakim, Ibn 'Abdil Barr dan lain-lain... lalu dipegang kenyataan mereka sehingga hari kiamat, walau hukum 'palsu' sekalipun yang diberi oleh mereka yang jengkel itu...

Rujukan dan pautan lain:

1. Darul Fatwa.
2. Khaira Ummah.
3. منتدى الحوار
4. روض الرياحين - هنا - هنا

http://sawanih.blogspot.my/2009/12/kekuatan-di-sebalik-peribadi-sultan-al.html

Khamis, 27 Oktober 2016

Batalkah Wudhuk Apabila Suami Bersentuhan Dengan Kulit Isteri ?





Penjelasan dan huraian dalil Mazhab syafie kenapa sentuh suami atau isteri itu batal wudhu'

Masalah seperti ini dipanggil zohir taa'rudh bain al adillah syariyyah (kontraduksi yang seolah-olahnya berlaku diantara dalil-dalil syarak)
bila berlaku begini maka para mujtahid akan menilai antara dua dalil dengan beberapa urutan kaedah

1- Jama' (usaha untuk menyelaraskan antara dua dalil) dengan menafsirkan kedua-duanya dengan tafsiran yang menunjukkan sebenarnya tiada sebarang percanggahan

2-Tarjih (mentarjihkan salah satu dari dua dalil dengan salah satu dari puluhan murajjihat -faktor pentarjih

3-Nasakh - sekiranya dua kaedah diatas tidak boleh dipakai

4- taa'rudh - kegagalan kedua-dua dalil menjadi hujah lalu diperlukan dalil lain
dalam masalah ini secara umumnya ada dalil ayat quran dan hadis seperti yang diketahui

Imam syafie mengambil makna hakikat bagi perkataan "lamasa" dengan makna asal sentuh kerana beberapa sebab

1) Ia adalah makna hakikat dan dalam usul fiqh bila kita ingin memaknakan satu perkataan maka keutamaan adalah memaknakannya dengan makna hakikat kecuali ada qarinah dan dalil kuat untuk memaknakannya dengan makna majaz contoh seperti ayat mutasyabihat perkataan "yad" "wajah" dan seumpamanya

2 ) Ada qiraat lain yang mambaca dengan lamasa tanpa alif yang memang hanya digunakan untuk makna sentuh dan kaedahnya quran mentafsirkan antara satu dengan yang lain juga tafsir yang kuat adalah dengan al quran.

3) Adapun jimak ia adalah perkara yang membawa kepada hadas yang lebih besar yang menyebabkan perlu mandi maka wajarlah perkara yang lebih kecil dari jimak membawa kepada hadas kecil yang memerlukan kerja yang lebih kecil iaitu wuduk.

4) Ayat itu menggunakan kalimah nisa' wanita-wanita secara plural kalau dimaknakan dengan jimak maka ia bermakna "atau sekiranya kamu bejimak dengan wanita-wanita".Termasuk didalamya wanita bukan mahram yang tidak dinikahi yang membawa pengertian zina.Ia agak pelik jika dilihat pada konteks ayat atas beberapa sebab ini makna 'sentuh" di ijtihad lebih tepat
setelah itu persoalannya ada hadis yang pada zahirnnya menunjukkan tidak perlu ambil wuduk:

1-Hadis Hubaib bin Abi Sabit dari Aisyah "Nabi mencium salah seorang isterinya kemudian keluar mengerjakan solat dan Baginda tidak mengambil wuduk semula

2- Hadis Aisyah " aku kehilangan Rasulullah pada satu malam diatas hamparan tidur lalu aku mencari Baginda dan tanganku tekena kaki baginda

Hadis pertama adalah dhoif manakala hadis kedua hadis sohih riwayat Muslim

Kaedah 4 urutan yang di sebut diatas harus diperaktikkan.Adapun hadis pertama dengan ayat kita memkai kaedah tarjih(3) iaitu ianya adalah lemah dan kalau ia adalah boleh dipakai sebagai hujah kerana statusnya hasan lighairihi menurut sebahagian ulama (Syaukani) maka jawabannya seperti berikut

1 - Kemungkinan ia berlapik (Syaukani mengatakan jawaban ini ada unsur takalluf iaitu andaian yang dibuat dan agak tidak realistik hanya untuk menyelaraskan hadis dengan pendapat peribadi

2-Dalam hadis yang kedua ada kemungkinan Baginda tidak sedar Aisyah sentuh kerana sedang khusuk solat namun ada hadis lain riwayat Nasaie iaitu "Apabila baginda ingin solat witir Baginda sentuh Aisyah dengan kakinya.

3- Jawaban yang lebih wajar ialah hadis di atas adalah hadis "Fi'li" iaitu riwayat tentang perbuatan Rasulullah dan hadis perbuatan ada pelbagai kemungkinan atau disebut ihtimal kemungkinan ia berlapik atau Baginda tidak sedar. Ia adalah keistimewaan Rasulullah dan dalam banyak perkara Baginda istimewa seperti tidur Baginda tidak membatalkan wuduk ,Baginda boleh berada dalam masjid walaupun berjunub ,Baginda berkahwin tidak perlu wali jadi mungkin kes ini adalah keistimewaan.

Hadis ini tidak boleh diambil hukumnya untuk umum umat kerana alasan tadi dan ada kaedah "Jika dalil mengandungi kemungkinan dan ihtimal batallah ia sebagai hujah dan dalil 'ان طرق الدليل الاحتمال بطل الاستدلال
dan kaedah "Tiada umum dalam perbuatan"لا عموم للفعل

Walhasil pendapat ini bukan rekaan ulama sekarang tetapi ia adalah berdasarkan dalil.

2-Ia juga pendapat sahabat Abdullah bin Masu'd Umar bin Khottob ,Abdullah bin Umar danZaid bin Aslam Tabiin Makhul, sya'bi, ibrahim nakhoi"e, A'to' bin Saib, Zuhrie, Yahya bin Saied

3- Kalau ia salah tidak menjejaskan sahnya solat

4-Kita tidak ada masalah dengan pendapat yang mengatakan tidak perlu wuduk kerana ia adalah amalan bertrilion manusia bermazhab Hanafi
dan kita tak akan mengatakan mereka yang berpendapat begini adalah wahabi.

Beza Hanafi dengan Wahabi

1- Ulama Hanafi tidak menyesatkan orang yang mengatakan perlu mengambil wuduk.

2-Mereka tidak mengatakan ini pendapat rekaan ulama.

3-Mereka tidak sibuk berdakwah kepada pendapat ini di kalangan khalayak bermazhab Syafie.

4-Mereka berpendapat pendapat mereka lebih kuat dan ada kemungkinan salah.

5-Demi meraikan khilaf dalam mazhab Hanafie mengatakan disunatkan ambil wuduk bila sentuh wanita.

6- Mereka berbincang atas semangat ilmiyah bukan untuk mengeluarkan sesiapa dari sof ahli sunnah waljamaah.

7-Mereka yang mengatakan pendapat Imam Syafiie bertentangan sunah pada hakikatnya tidak mengamalkan sunnah kerana dalam hadis itu hanya mengatakan Baginda sentuh isteri dan tak ambil wuduk manakala mereka mengatakan sentuh sesiapapun dikalangan wanita ajnabi tidak perlu ambil wuduk.

- Oleh Ust Lutfi, Tenaga Pengajar Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling

Ahad, 2 Oktober 2016

APAKAH ERTI 'KEBANYAKAN MANUSIA ' DI DALAM AL QURAN ?

Oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis 

Majoriti ulama' Islam dan umatnya sememangnya adalah ukuran kebenaran berdasarkan hadith-hadith As-Sawad Al-A'zhom dan tradisi keilmuan Islam itu sendiri. Allah s.w.t. tidak akan menghimpunkan umatnya dalam kesesatan, iaitu dengan menjaga majoriti ulama' yang memimpin majoriti umat Islam daripada kesesatan. Ini jelas berlaku dalam tradisi perkembangan ilmu Islam jika kita lihat sejarah umat Islam itu sendiri.

Adapun berkenaan dengan ayat-ayat ini, maka lihatlah tafsiran2 ulama' mengenainya..

Ayat Pertama:

1. Surah Al-An'aam : 116

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan(andaian&takwilan) semata-mata, dan mrk tidak lain hanyalah berdusta"

Imam At-Tabari (w: 310H) menafsirkan ayat ini dengan berkata:

وإنما قال الله لنبيه: { وَإنْ تُطِعْ أكْثَرَ مَنْ فِي الأرْض } من بني آدم، لأنهم كانوا حينئذٍ كفاراً ضلالاً

Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya s.a.w.: "Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang yang ada di muka bumi..." dari kalangan (keseluruhan) bani Adam kerana mereka pada ketika itu adalah orang-orang kafir yang sesat...

Jadi, ayat ini menceritakan tentang orang-orang kafir, sedangkan majoriti yang kita maksudkan sebagai as-sawad al-a'zhom adalah majoriti ulama' dan umat Islam, bukan majoriti keseluruhan manusia. Fahamilah skop dan konteks perbahasan. Majoriti ulama' Islam dipelihara berdasarkan hadith as-sawad al-a'zhom. Adapun majoriti manusia yang mana melibatkan orang-orang kafir, itu bukanlah menjadi skop perbahasan.

Ayat Kedua:

2. Surah Al-An'aam : 119

"Dan sesungguhnya kebanyakan(dari manusia) benar2 hendak menyesatkan org lain dgn hawa nafsu mrk tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang Maha mengetahui orang-orang yg melampaui batas"

Ayat ini dimaksudkan kepada siapa?

Imam Ibn Kathir berkata dalam tafsirnya berkenaan dengan ayat ini:

ثم بين تعالى جهالة المشركين في آرائهم الفاسدة؛ من استحلالهم الميتات....قال: { وَإِنَّ كَثِيرًا لَّيُضِلُّونَ بِأَهْوَائِهِم بِغَيْرِ عِلْمٍ إِنَّ رَّبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُعْتَدِينَ } أي: هو أعلم باعتدائهم وكذبهم وافترائهم

Maksudnya:

Kemudian Allah s.w.t. menjelaskan kejahilan "orang-orang Musyrikin pada pendapat mereka yang fasiq (rosak) dengan menghalalkan bangkai... lalu Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): "Dan sesungguhnya kebanyakan(dari manusia) benar2 hendak menyesatkan org lain dgn hawa nafsu mrk tanpa pengetahuan, Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang Maha mengetahui orang-orang yg melampaui batas" iaitu Allah lebih mengetahui keterlampauan mereka (musyrikin) dan pendustaan mereka serta tipuan mereka.

Hal ini jelas berdasarkan petunjuk ayat, ianya menceritakan tentang orang-orang musyrikin pada zaman Rasulullah s.a.w. yang lebih banyak daripada umat Islam pada ketika itu. Jadi, perbandingan sikit dan banyak dalam ayat itu adalah antara orang-orang kafir dengan orang-orang Islam, bukan dalm sesama Islam sebab dalam sesama Islam, majoriti ulama' dan umat Islam tetap akan sentiasa berpegang dengan kebenaran selagimana Allah s.w.t. ingin menjaga umatnya daripada kesesatan.

Ayat Ketiga:

3. Surah Yunus : 36

"Dan kebanyakan mrk tidak mengikuti kecuali sangkaan(andaian&takwilan) shj. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna utk mencapai KEBENARAN. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mrk kerjakan"

Imam At-Tabari menyebut dalam ayat ini:

يقول تعالى ذكره: وما يتبع أكثر هؤلاء المشركين إلا ظنًّا

Allah s.w.t. berfirman: "Kebanyakan orang-orang musyrikin tersebut tidak mengikut melainkan sangkaan sahaja..."

Jadi, ayat ini pun ditujukan kepada orang-orang musyrikin yang banyak pada ketika itu, bukan kepada orang-orang Islam. Jadi, tidak bercanggah pun dengan konsep as-sawad al-a'zhom di mana ukuran kebenaran adalah bersama majoriti ulama' Islam yang memimpin agama majoriti umat Islam.

Ayat Keempat:

4. Surah Furqan : 44

"Apakah kamu mengira bhw kebanyakan mrk itu mendengar dan memahami? mrk itu tidak lain hanya spt binatang2 ternakan bahkan mrk lebih SESAT daripadanya"

Siapakah "kebanyakan mereka" ini? Majoriti ulama' Islam?

Imam At-Tabari menafsirkan ayat ini:


{ أم تَـحْسبُ } يا مـحمد أن أكثر هؤلاء الـمشركين

"Adakah kamu wahai Muhammad mengira bahawa kebanyakan orang-orang musyrikin tersebut..."

Ayat ini pun menceritakan tentang "kebanyakan" orang-orang musyrikin, bukan tentang "kebanyakan" ulama' Islam atau as-sawad al-a'zhom.

Imam Ibn Kathir juga menafsirkan ayat ini dengan berkata:

{ أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ }؟ الآية، أي: هم أسوأ حالاً من الأنعام السارحة، فإن تلك تعقل ما خلقت له، وهؤلاء خلقوا لعبادة الله وحده لا شريك له، وهم يعبدون غيره، ويشركون به،

"Apakah kamu mengira bhw kebanyakan mrk itu mendengar dan memahami?..." Al-Ayat... Iaitu mereka lebih buruk hal mereka berbanding binatang ternakan, kerana binatang sendiri tahu apa tujuannya diciptakan sedangkan mereka yang diciptakan untuk menyembah Allah semata-mata dan tida mempersekutukanNya, namun mereka menyembah selain Allah dan mensyirikkannya.

Jelas menurut tafsiran ulama', ayat ini ditujukan kepada orang-orang kafir. Maka, kuantiti banyak yang dibincangkan dalam ayat-ayat ini semuanya ditujukan kepada orang-orang kafir dan tidak boleh disamakan dengan "kuantiti banyak" dalam masyarakat Islam yang mempunyai konsep as-sawad al-a'zhom (majoriti ulama' yang berpegang dengan kebenaran).

Ayat Kelima:

5. Surah Shad : 24

"sesungguhnya kebanyakan dari orang2 yg bergaul dan berhubungan )dlm berbagai lapangan hidup) setengahnya berlaku zalim kpd setengah yg lain melainkan orang2 yg beriman dan beramal soleh tetapi AMATLAH SEDIKIT BILANGAN MEREKA"

Saya tanya, apakah jumlah keseluruhan ayat ini, agar kita tahu konteks ayat ini?

Daud berkata: "Sesungguhnya Dia telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambahkan kepada kambingnya. dan Sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang berserikat (bergaul) itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh; dan Amat sedikitlah mereka ini". dan Daud mengetahui bahwa Kami mengujinya; Maka ia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat.

Ayat ini menceritakan tentang kehidupan masyarakat di zaman Nabi Daud a.s. dan kebanyakan mereka yang hidup dalam masyarakat Nabi Daud a.s. berbuat zalim. Jadi, "kuantiti banyak" dalam ayat ini tidak ada kaitan dengan masalah ukuran kebenaran yang dibincangkan dalam konteks as-sawad al-a'zhom yang disebutkan dalam artikel di atas.

Jadi, kesimpulannya, memang betul ukuran "kuantiti banyak" dari kalangan keseluruhan manusia trmasuk orang-orang kafir tidak dijadikan ukuran kebenaran. Tetapi "kuantiti banyak" dari kalangan ulama' Islam yang memimpin majoriti umat Islam adalah suatu ukuran kebenaran berdasarkan hadith-hadith As-Sawad Al-A'zhom, hadith "tidak berhimpun umatku dalam kesesatan", hadith "siapa yang terpinggir, terpinggir dalam neraka", hadith "hendaklah kamu mengikut Al-Jamaah" dan sebagainya.

Maka, perbandingan antara ayat-ayat yang ditujukan kepada orang-orang kafir atau kebanyakan manusia secara umum tidak boleh menafikan keistimewaan "as-sawad al-a'zhom" atau majoriti ulama' dan umat Islam sejak zaman berzaman sebagai ukuran kebenaran berdasarkan dalil-dalil khusus tentang "kedudukan majoriti" dalam umat Islam.

Adapun majoriti ulama' dan umat Islam itu diukur sejak zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah hari ini, secara keseluruhan, bukan diukur pada setiap zaman secara terpisah-pisah. Ini akan menunjukkan kebenaran golongan as-sawad al-a'zhom atau majoriti ulama' dan umat Islam sepanjang zaman.

Wallahu a'lam