CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

KONGSIKAN

Rabu, 27 Julai 2016

BAHASA PENDUDUK SYURGA ADALAH BAHASA ARAB ?

Jawapan Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni :

Ada tiga hukum ulama terhadap hadis di atas iaitu;

i- Ulama yang menyatakan ia hadis sahih atau hasan. Antara mereka; al-Hakim dalam al-Mustadrak, diikuti oleh al-‘Iraqi dalam Takhrij Ihya’ ‘Ulumiddin, as-Suyuti dalam al-Jami‘ as-Saghir dan Mulla ‘Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu‘ah. As-Silafi dan az-Zurqani dalam Mukhtasar al-Maqasid mengatakan ia hasan (iaitu hasan li-ghairih).

ii- Ulama yang menyatakan ia hadis daif atau seumpamanya. Antara mereka; al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman, al-Haithami dalam Majma‘ az-Zawa’id, Ibn Hajar al-‘Asqalani, as-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, as-Suyuti dalam an-Nukat ‘ala al-Mawdu‘at, Ibn ‘Arraq al-Kinani dalam Tanzih as-Syari‘ah, al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’ dan lain-lain.

iii- Ulama yang menyatakan ia hadis yang sangat daif atau palsu. Antara mereka; Abu Hatim ar-Razi, al-‘Uqaili dalam ad-Dhu‘afa’, Ibn Hibban, Ibn al-Jawzi, az-Zahabi, as-Syawkani dalam al-Fawa’id al-Majmu‘ah dan lain-lain.

Setelah meneliti jalan-jalan riwayat hadis berkenaan, saya melihat pendapat kedua adalah lebih sederhana yang menyatakan ia hadis daif, bukan sahih dan bukan juga palsu.)

http://madrasahsunnionline.blogspot.my/2015/10/bahasa-penduduk-syurga-adakah-bahasa.html


Jawapan oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis :

Sebahagian ahli ilmu "tidak menetapkan" bahawa bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab lalu bersikap tawakkuf (berdiam diri) daripada menentukan bahasa bagi ahli syurga.

Hadis yang dirujuk berkenaan bahasa Arab sebagai bahasa ahli syurga adalah: Rasulullah shollallahu 'alaihi wasalam bersabda:

" أَحِبُّوا الْعَرَبَ لأَنِّي عَرَبِيٌّ ، وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ ، وَكَلامُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ "
Maksudnya: Cintailah Arab kerana aku seorang arab, Al-Qur'an dalam bahasa Arab dan kalam ahli syurga adalah arab"

Hadis ini dikeluarkan oleh Imam At-Tabrani dalam Mu'jam Kabir, Imam Al-Hakim dalam Mustadrak, Imam Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman dan sebagainya. Namun, sanadnya mengandungi perawi bernama Al-'Ala' bin 'Amru Al-Hanafi yang dinilai sebagai pemalsu hadis. Lalu, ia menjadikan nilai hadis ini dinilai oleh sebahagian ulama' sebagai palsu.

Al-Imam As-Suyuti menyebut tentang hadis ini:

قَالَ العقيلي : منكر لا أصل لَهُ ...قلتُ : إنّما أورده العقيلي فِي ترجمة العلاء بْن عمرو عَلَى أَنَّهُ من مناكيره ، وكذا صاحب الميزان . وقال الحافظ ابن حجر فِي اللسان : العلاء ذكر...ه ابن حبان فِي الثقات ، وقال صالِح جزرة : لا بأس بِهِ . وقال أَبُو حاتِم : كتبت عَنْهُ وما أعلمُ إلا خيرًا . انتهى .

Maksudnya: "Al-Uqaili berkata: Hadis munkar yang tiada asalnya... Saya kata: "Sesungguhnya Al-Uqaili menyebut dalam terjemah Al-'Ala' bin Amru bahawa hadis ini antara manakirnya (yang diriwayatkan dengan sanad bersendirian tanpa jalan lain). Begitu juga disebutkan oleh empunya Al-Mizan (Imam Az-Zahabi). Al-Hafiz ibn Hajar menyebut dalam Al-Lisan: "Al-'Ala' disebut oleh Ibn Hibban dalam At-Thiqat (kitab2 yang menyenaraikan perawi thiqah). Sholeh Jazrah berkata: "dia tidak mengapa..." Abu Hatim berkata: "Ditulis daripadanya. Aku tidak ketahui daripadanya melainkan kebaikan..." -tamat nukilan-

Para ulama' berselisih pendapat tentang Al-'Ala' bin 'Amru tadi namun kebanyakannya menilai beliau sebagai lemah dan ada yang menilainya sebagai pemalsu hadis.

Imam As-Suyuti menyebut perkataan Imam Az-Zahabi tentang hadis ini: وأظن الحديث ...موضوعًا

Maksudnya: "Saya rasa hadis ini palsu..." [Al-La'ie Al-Masnu'ah]

Imam Al-'Uqaili juga menyebut hadis ini munkar tiada asalnya dalam Ad-Dhu'afa' Al-Kabir.

Imam AS-Sakhawi juga ada menyebut jalan lain bagi hadis ini iaitu melalui perawi bernama Muhammad Ibn Al-Fadhl tetapi tidak layak dijadikan sanad penguat hadis ini kerana Ibn Al-Fadhl adalah dho'if dan ditohmah sebagai pendusta.Jadi, Imam As-Sakhawi juga membuat kesimpulan hadis ini palsu walaupun banyak hadis2 lain menceritakan kelebihan mencintai bangsa Arab, tetapi tidak ada tentang bahasa Arab sebagai bahasa ahli syurga dalam riwayat yang kuat. [Rujuk Al-Maqasid Al-Hasanah]

Namun, Imam At-Tabrani r.a. meriwayatkan hadis ini dalam Al-Mu'jam Al-Ausath dengan jalan lain iaitu bersambung kepada Saidina Abu Hurairah r.a., bukan Saidina Ibn Abbas r.a. yang dinilai palsu tadi.

Pun begitu, hadis ini dha'if, tetapi tidak sampai tahap palsu. Perawi yang dinilai lemah dalam sanad ini adalah dua orang. Pertama: Abdul Aziz bin Imran dan kedua: Syibl bin Al-'Ala' bin Abdil Rahman.

Abdul Aziz bin 'Imran dinilai sebagai dho'if oleh ramai ulama' hadis termasuklah Imam Al-BUkhari dan Imam An-Nasa'ie sendiri. Adapun Syibl bin Al-'Ala', maka dia bersifat majhul. Imam Ibn 'Adi berkata, Syibl tersebut mempunyai riwayat manakir.

Namun, konsep "bahasa Arab adalah bahasa Ahli Syurga" ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam bahkan na-nas mengenainya tidak bertentangan dengan mana-mana nas yang lebih sahih. Jadi, boleh sahaja untuk menerimanya dan lebih baik serahkan hakikat sebenarnya kepada Allah s.w.t.. Wallahu a'lam

Ibn Hazm ada menyebut dalam Al-Ihkam (1/36):

وأما لغة أهل الجنة وأهل النار فلا علم عندنا إلا ما جاء في النص والإجماع ولا نص ولا إجماع في ذلك...

Maksudnya: "Adapun bahasa Ahli Syurag dan Ahli Neraka, maka kita tidak tahu melainkan jika ada nas atau jima' mengenainya. Namun, tidak ada nas dan tidak ada ijma' pada masalah ini...,

Ibn Taimiyyah sendiri antara ahli ilmu yang tidak menetapkan "bahasa Arab sebagai bahasa Ahli Syurga". Ia jelas melalui jawapan beliau dalam fatwa beliau ketika ditanya tentang bahasa di akhirat nanti.

Beliau menjawab:

ولم يصح أن الفارسية لغ...ة الجهنميين ، ولا أن العربية لغة أهل النعيم الأبدي ، ولا نعلم نزاعا في ذلك بين الصحابة رضي الله عنهم ، بل كلهم يكفون عن ذلك لأن الكلام في مثل هذا من فضول القول

Maksudnya: "Tidak sahih bahawa bahasa Parsi adalah bahasa ahli neraka jahannam dan tidak sahih juga bahawa bahasa Arab adalah bahasa Ahli Na'im (syurga) yang abadi. Dan kita tidak tahu perbincangan sebegitu dalam kalangan para sahabat bahkan mereka mendiamkan sahaja daripada perbincangan tersebut kerana ia adalah antara perkara yang membawa kepada berlebih-lebihan dalam perkataan.

Rujuk fatwa no: 83262

Apa yang penting, selagimana pegangan bahawa bahasa Arab adalah Bahasa Ahli Syurga tidak bertentangan dengan mana-mana nas yang sahih lagi sarih (jelas), dalam ajaran Islam, dan tidak juga bertentangan dengan ajaran Islam, maka tidak mengapa berpegang dengan demikian. Namun, ia adalah masalah yang zhonni (kesamaran).

Ibn Kathir tidak menyebut lebih lanjut dan lebih jelas mengenai hal itu. Wallahu a'lam

Read more: http://ad-deen.proboards.com/thread/157/bahasa-arab-adalah-ahli-syurga

Ahad, 24 Julai 2016

Imam Al Qusyairi



Sejak dahulu saya kagum dengan Imam Al-Qusyairi (w.465H), terutama semenjak mengkaji kitab beliau berjudul Ar-Risalah di masjid Syekh Mulla Ramadhan Al-Buthi di wilayah Ruknuddin kota Damaskus, Suriah.

Berbicara tentang beliau tentu tak lepas dari penilaian para sejarawan muslim tentangnya. Imam Adz-Dzahabi dalam kitabnya yang sangat fenomenal, Siyar A'lam An-Nubala, beliau menulis:

الإِمَامُ، الزَّاهِدُ، القُدْوَةُ، الأُسْتَاذُ، أَبُو القَاسِمِ عَبْدُ الكَرِيْمِ بنُ هَوَازِن بنِ عَبْدِ المَلِكِ بنِ طَلْحَةَ القُشَيْرِيُّ، الخُرَاسَانِيُّ، النَّيْسَابُوْرِيُّ، الشَّافِعِيُّ، الصُّوْفِيُّ، المُفَسِّرُ، صَاحِبُ الرِّسَالَة

"Seorang imam yang zahid, qudwah (panutan), ustadz Abul Qasim Abdul Karim bin Hawazin bin Abdul Malik bin Thalhah Al-Qusyairi Al-Khurasani An-Naisaburi, Asy-Syafi'i, Ash-Shufi, Al-Mufassir, penulis kitab Ar-Risalah."

Mengenai keilmuan beliau, Adz-Dzahabi menulis:

وَتَفَقَّهَ عَلَى:أَبِي بَكْرٍ مُحَمَّدِ بن أَبِي بَكْرٍ الطُّوْسِيّ، وَالأُسْتَاذِ أَبِي إِسْحَاقَ الإِسفرَايينِي، وَابْن فُورك.
وَتَقدم فِي الأُصُوْل وَالفروع

"Beliau mendalami ilmu fiqh (din) kepada Abu Bakr Muhammad bin Abu Bakr Ath-Thusi, Ustadz Abu Ishaq Al-Isfirayini dan Ibnu Furak. Beliau unggul dalam bidang ushul (ilmu-ilmu pokok) dan furu' (ilmu-ilmu cabang)."

Ibnu Khallikan juga berkata:

"Dahulu Abul Qasim adalah seorang yang sangat berilmu dalam bidang fiqih, tafsir, hadits, ushul, adab (sastra), syair dan karya tulis. Beliau menulis kitab At-Tafsir Al-Kabir, salah satu kitab tafsir terbaik. Beliau juga menulis kitab Ar-Risalah yang berisi tentang tokoh-tokoh Tarekat. Beliau pernah pergi haji bersama Imam Abu Muhammad Al-Juwaini dan Imam Abu Bakr Al-Baihaqi."

Imam Adz-Dzahabi menceritakan bahwa dahulu Imam Al-Qusyairi bergabung dengan halaqoh Ath-Thusi lalu berpindah ke majelis Ibnu Furak sehingga dari situ beliau mahir dalam ilmu kalam. Beliau juga mulazamah dengan Ustadz Abu Ishaq mengkaji kitab-kitab karangan Ibnul Baqillani sehingga akhirnya beliau menjadi Syaikh rujukan di Khurasan dalam masalah Tasawuf dan melahirkan banyak murid.

Imam Al-Qusyairi dikenal sebagai sosok murabbi dan pembimbing tarekat yang luar biasa. Imam Adz-Dzahabi memuji kehebatan beliau dalam masalah nasehat:

وَكَانَ عَديم النّظير فِي السّلوك وَالتَّذكير، لطيفَ العبَارَة، طَيِّبَ الأَخلاَقِ، غوَّاصاً عَلَى المَعَانِي

"Beliau tiada tandingannya dalam masalah suluk (akhlak) dan tadzkir (nasehat). Beliau adalah sosok yang lembut kata-katanya, luhur budi pekertinya, serta pakar dalam menyelami makna-makna."

Abu Sa'd As-Sam'ani juga memuji Imam Al-Qusyairi, beliau mengatakan:

"Ustadz Abul Qasim belum pernah tertandingi dalam hal kesempurnaan dan kehebatannya. Beliau mampu menggabungkan antara Syariat dan Hakikat."

Syariat adalah ilmu zhohir (tampak) sedangkan Hakikat adalah ilmu bathin (tak tampak).

Imam Abu Bakr Al-Khathib berkata:

"Kami dahulu menulis dari beliau. Beliau adalah seorang yang tsiqoh (terpercaya), indah nasehatnya, manis isyaratnya. Beliau dalam masalah ushul (akidah) mengikuti madzhab Al-Asy'ari, sedangkan dalam masalah furu' (fiqih) mengikuti madzhab Asy-Syafi'i."

Bahkan Abu Bakr Al-Bakharzi mengatakan,

"Beliau (Imam Al-Qusyairi) mahir dalam ilmu kalam sesuai madzhab Abul Hasan Al-Asy'ari. Dalam masalah wawasan keilmuan, beliau keluar dari batasan manusia. Kalimat-kalimatnya bari para penuntut ilmu merupakan faedah. Mimbar beliau bagi para peniti jalan akhirat ibarat bantal."

Kesholehan Imam Al-Qusyairi bukan hanya dirasakan oleh manusia saja. Bahkan hewan pun merasakan efek kesholehan tersebut. Al-Muayyad dalam kitab Tarikhnya menulis:

"Syaikh Abul Qasim pernah diberi hadiah seekor kuda. Beliau mengendarai kuda tersebut sekitar dua puluh tahun lamanya. Ketika beliau wafat, kuda itu tidak mau makan. Seminggu berikutnya kuda itu pun mati."

Subhanallah. Hewan pun merasa sedih dengan kepergian orang sholeh seperti beliau.

Demikian sekelumit yang dapat saya bagikan untuk seluruh member forum ini. Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya. Amin.

Sumber: Siyar A'lam An-Nubala karya Imam Adz-Dzahabi 35/206-211

http://www.facebook.com/groups/forum.diskusi.hadits/permalink/555962681089230/

Sabtu, 23 Julai 2016

HUKUM TUNGGU KUBUR

Tunggu Kubur

Tunggu Kubur satu amalan yang dilakukan sebahagian umat di sesetengah tempat bukan sahaja di Tanah Melayu, tetapi juga di lain-lain tempat seperti kepulauan Jawa. Tidak lama dahulu sewaktu berpulangnya Kiyai Syafi`i Hadzami ke rahmatUllah di Jakarta, maka untuk memuliakan dan mendoakan beliau diadakan selama 40 hari pembacaan al-Quran di makamnya. Rasa-rasanya amalan ini tidak terbatas di rantau Nusantara kita sahaja, tetapi juga di lain-lain belahan dunia Islam, mungkin panggilannya sahaja yang berbeza. Kat tempat aku, tradisi ini tidaklah begitu nampak sekarang, tapi dengar cerita orang tua-tua dulu ianya pernah dilakukan oleh segelintir. Setelah pengkebumian seseorang, maka ahli keluarga atau sesiapa yang sudi akan menunggu kubur untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran. Amalan ini mempunyai asal daripada perbuatan para alim ulama terdahulu. Insya-Allah, adalah dalil-dalilnya di sisi para ulama tersebut yang mungkin kita tak tahu sebab kejahilan kita. Kalau nak disenaraikan dalil-dalil dan wajhul istidlal mereka, maka habislah umur untuk itu sahaja. Yang penting bagi aku, jika ada ulama yang membuatnya maka siapakah kita untuk mempertikaikannya secara kurang sopan. Janganlah hendak disamakan ulama umat Islam ini dengan pendita kaum Yahudi dan paderi kaum Nasrani. Soal nak ikut ke tidak, itu terpulang kerana perkara ini tidak lepas dari persoalan khilafiyyah. Belajarlah menghormati pendapat dan pegangan orang lain, terutama sekali para ulama yang 'amilin.

Dasarnya mudah sahaja, ianya bertitik tolak dengan ketetapan fuqaha` yang memandang baik perbuatan membaca al-Quran di kubur (yakni di sisi kubur si mati), bahkan jika dikhatamkan al-Quran di sisi kubur itu adalah lebih afdhal. Inilah pendapat dalam mazhab kita kerana rahmat turun di tempat di mana al-Quran dibaca dan si mati yang di sisi kuburnya adalah seperti orang yang hadir pembacaan tersebut lalu diharapkanlah dia memperolehi bahagian dari rahmat yang diturunkan itu. Imam an-Nawawi dalam "Majmu`" juzuk 5 halaman 164 menulis:-

قالوا: و يستحب ان يقراء عنده شيء من القرآن و ان ختموا القرآن كان افضل

"Mereka (yakni para ulama Syafi`i) berkata: " Dan adalahmustahab untuk dibacakan di sisinya sesuatu daripada al-Quran dan jika sekiranya dikhatamkan keseluruhan al-Quran ianya adalah lebih utama (afdhal)."
Nah, jelas dihukumkan mustahab dan afdhal mengkhatamkan al-Quran di sisi kubur si mati. Mengkhatamkan al-Quran di sisi kubur ini sudah tentu akan memakan masa. Oleh itu di mana kesilapannya jika seseorang duduk di sisi kubur dan membaca al-Quran sehingga khatam ? Inilah rupa bentuk "tunggu kubur" yang dikenali oleh ulama kita, tak kiralah dia nak berada di kubur itu siang-malam sampai khatam atau berulang-alik ke kubur sehingga khatam. Dan tunggu kubur yang dimaksudkan ini tidaklah sampai melakukan perbuatan maksiat dan meninggalkan kewajipan. Dalil untuk membaca al-Quran di kubur bolehlah dirujuk dalam karangan-karangan ulama kita dan telah banyak ditulis dan diperkata orang. Cuma di sini aku nukil sesuatu dari " Tahqiiqul Aamaal fiimaa yanfa`ul mayyit minal a'maal " karangan Dr. Habib Muhammad bin Alawi al-Maliki rhm. di mana pada halaman 60 beliau meriwayatkan bahawa asy-Sya'bi berkata:-

كانت الأنصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرءون القران
"Adalah golongan Anshar apabila mati seseorang daripada mereka berulang-aliklah mereka ke kuburnya untuk membaca al-Quran."
Sebagaimana yang aku katakan terdahulu, amalan ini berasal dari perlakuan umat dan ulama terdahulu dan bukanlah sesuatu yang hanya diada-adakan oleh ulama Tanah Jawi sahaja. Ini dapat kita lihat daripada pernyataan Imam as-Sayuthi dalam "al-Hawi lil Fatawi" juzuk 2 halaman 194 menulis:-

و رأيت في التواريخ كثيرا في تراجم الأئمة يقولون: و اقام الناس على قبره سبعة ايام يقرءون القرآن، و أخرج الحافظ الكبير ابو القاسم بن عساكر في كتابه المسمى تبين كذب المفتري فيما نسب إلى الامام ابي الحسن الأشعري سمعت الشيخ الفقيه ابا الفتح نصر الله بن محمد بن عبد القوي المصيصي يقول: توفي الشيخ نصر بن ابراهيم المقدسي في يوم الثلاثاء التاسع من المحرم سنة تسعين و اربعمائة بدمشق و اقمنا على قبره سبع ليل نقرأ كل ليلة عشرين ختمة 

(Dan telah aku lihat) dalam kitab-kitab sejarah tatkala menceritakan riwayathidup para imam (pemuka agama) banyak menulis:- "Dan telah berdiri manusia di sisi kuburnya 7 hari membaca mereka al-Quran." Dan telah dikeluarkan oleh al-Hafidz al-Kabir Abul Qasim Ibnu 'Asaakir dalam kitabnya yang berjodol "Tabyiin Kadzibil Muftari fi ma nusiba ilal Imam Abil Hasan al-'Asy'ariy" bahawa dia telah mendengar asy-Syaikh al-Faqih Abul Fath NashrUllah bin Muhammad bin 'Abdul Qawi al-Mashishi berkata: "Telah wafat asy-Syaikh Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyik. Kami telah berdiri/berhenti/berada di kuburnya selama 7 malam, membaca kami al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam."
Jadi harap dengan penjelasan Imam kita as-Sayuthi ini, dapat kita faham bahawa amalan berada di sisi kubur atau tunggu kubur ini telah dilakukan sejak lama dahulu. Oleh itu, janganlah lekas kita marahkan orang yang nak duduk menunggu kubur dengan membaca al-Quran, bertahlil dan berdoa. Kalau kita tak suka, kan ini perkara khilaf, mereka yang buat ada sandaran mereka. Kita yang tidak suka, tok sah buat, balik rumah tidur, lebih baik daripada bergaduh pasal isu khilafiyyah remeh ni. Tetapi jika dengan menunggu kubur itu mereka buat munkar atau maksiat seperti berjudi dan sebagainya, maka wajarlah kita tentang kemunkaran tersebut. Sebagai penutup posting ini dengan aku nukilkan daripada "Himpunan Fatwa Negeri Kedah Darul Aman" mengandungi pendapat - pendapat dan keputusan - keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman disusun oleh Shohibus Samahah Datuk Setia Jaya Datuk Paduka Syaikh 'Abdul Majid bin Muhammad Nur, di mana pada halaman 40 dalam Bab Jenazah dinyatakan:-
S: Adakah Islam menyuruh menunggu kubur orang yang baru mati kerana membaca al-Quran di atasnya selama 3 hari atau 4 hari dengan malamnya ?
J: Harus menunggu kubur orang yang baru mati kerana membaca al-Quran di atasnya.