CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

KONGSIKAN

Ahad, 22 Mac 2015

Gambar-gambar Binaan Kubur


 Maqam Saidina Ibrahim radiyaLlahu 'anhu (anak Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam di baqi') - Madinah al Munawwarah





Perkuburan di baqi' - lihat ada yang ditumpukkan dengan batu kerikil.




Maqam Asma' bin Abu Bakar radiyaLlahu 'anhuma di Ma'laa Makkah Almukarromah



 Kubur Saidatina Khadijah RadiyaLlahu 'anha




 Maqam Saidatina Maimunah bte Harith radiyaLlahu 'anha - isteri Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam.


Perkuburan di al 'Adil



BELAJAR HADITH BEGINI CARANYA..


Oleh : Ustaz Mohd Dailami

Semasa saya belajar hadith, Sheikhul hadith kami mengamalkan method yang digunakan oleh Imam Ashabul hadith guru kepada Imam Syafi'e rah iaitu Imam Malik, Imam Malik akan meminta pelajarnya membacakan hadith dan beliau kemudiannya mensyarahkan hadith yang dibaca, begitu juga guru kami meminta pelajar pelajarnya membaca hadith di dalam kelas Sahih Bukhari, beliau mensyarahkannya satu persatu bagi menerangkan tentang makna khususnya dan usul hadith apabila perlu dibahaskan, terutamanya point point penting didalam usul hadith seperti sejumlah kecil hadith Imam Al Bukhari berkata “Qaala Lanaa” (Seseorang berkata kepada saya) atau berkata “Qaala Lii Fulaanun Kaza” (Fulan berkata kepada saya begini) atau “Zaadanii” (Seseorang memberikan tambahan kepada saya) atau perkataan semisal, ianya dianggap muttasil menurut jumhur ulama' hadith, kerana Imam Bukhari mendatangkan hadith seperti ini bukan dalam perkara pokok atau hadith utama, ia cuma untuk menguatkan hadith Sahih yang lain, ada beberapa kritikan tentang hadith ini yang seingat saya tidak sampai 20 hadith namun telah pun dijawab dan dibahaskan oleh Al Hafiz Ibn Hajar didalam Syarh An Nukhbatul Fikar, Al Ilma' Qadi Iyad, Taqrib wa Taysir dari Imam Nawawi, muqaddimah Ibn Salah, Alfiyat Iraqi dan Suyuti, Tawjih an Nazr dan lain lain secara panjang lebar didalam perbahasan Tadlis.

Al Imam Tirmidhi merupakan murid kepada Imam Bukhari, Imam Tirmidhi selalu memetik kata kata Imam Bukhari terutamanya dalam perbahasan (علل) dalam memperincikan dan memperhalusi perbahasan hadith.

Didalam bab Fekah Imam Tirmidhi tidak memetik pendapat dari Imam Bukhari sebaliknya selalu mengambil pendapat Imam Syafi'e, Imam Sufyan, Imam Malik dan Ahl Kufah yang merupakan pakar di dalam bidang Fekah perundangan Islam.

Semasa mempelajari Sahih Bukhari dalam minggu pertama, sampai kepada giliran saya untuk membaca hadith, saya membaca dan guru kami mensyarahkannya kepada kelas, selepas itu Sheikhul hadith kami berkata mulai dari hari ini saya mahu lelaki ini (saya) yang membacakannya sehingga habis, saya menerima tugas ini dan membacakan setiap hadith Bukhari sehingga tamat, lebih kurang 7 ribu hadith yang sempat dipelajari dalam kelas Bukhari, saya tidak menganggap ianya sebagai satu beban tetapi menganggapnya sebagai satu penghormatan yang mana jika pun ada secebis keberkatan di dalam ilmu hadith yang saya pelajari pada hari ini, ia mungkin disebabkan perkara ini.

Didalam tradisi aliran deobandi, para pelajar diwajibkan membuat persediaan 6 tahun mempelajari kepelbagaian ilmu lain, ada setengahnya sehingga 7-8 tahun.Ia bagi menguatkan kefahaman tentang hadith yang diriwayatkan dalam pelbagai jalan dan pendapat dan mengetahui dengan setiap terperinci tentang dalil dalil yang wajib difahami.

Amatlah malang seorang yang tidak mempunyai kerangka ilmu dan mempelajari beberapa hadith dengan tujuan untuk berbahas atau berdebat dengan ahli ilmu, lalu menunjukkan kesalahan itu dan ini (mengikut kefahamannya) serta tidak mempunyai adabul ikhtilaf dalam menghormati pandangan dan ijtihad Ulama' muktabar lalu terus menerus menimbulkan kecelaruan dan suasana yang tidak harmoni selain menimbulkan kebencian dikalangan umat Islam itu sendiri dengan tidak menghiraukan disiplin disiplin ilmu atau lebih tepat dengan tidak mengetahui disiplin ilmu, kerana pendapatnya dirasa amat penting dinilai benar, maka dengan sikap ini ilmu yang dipelajari tidak sedikit pun memberi manfaat malah memberi kemudharatan yang nyata.

Sedangkan setiap pengikut aliran yang sesat juga selalu berkata "biarlah orang menuduh sesat dan menyeleweng sekali pun, asalkan kita berada dipihak yang benar."

Persoalannya adakah kebenaran yang dianggap benar itu benar? Penganut agama lain juga menganggap mereka dipihak yang benar.Sejauh mana kebenaran itu?

Semoga Allah memberikan kepada kita semua taufiq dan hidayah, kami memohon pertolongan kepadaMu ya Allah sebagai hamba yang tiada daya dan kekuatan kecuali dariNya.Kami memohon petunjuk Allah yang tidak akan menyesatkan orang yang telah mendapatkannya.

Amin...

Sumber : https://www.facecom/permalink.php?story_fbid=441939259301859&id=224691511026636book.

Rabu, 18 Mac 2015

TIDAK HALAL UNTUK BERFATWA MENGENAI AGAMA ALLAH KECUALI



Al hafiz al Khatib al Baghdadi meriwayatkan dalam kitabnya "Al Faqih wa al Mutafaqqih" dari Imam Syafi'i radiyallahu 'anhu berkata "

Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berfatwa mengenai agama Allah, kecuali seorang yang arif dengan Kitab Allah (al Quran), nasikh dan mansukh, muhkam dan mutasyabih, ta'wil dan tanzil, makkiyyah dan madaniyyahnya; apa yang dimaksudkan dengan satu-satu ayat; dalam masalah apa ia diturunkan.

Selain itu, dia juga mesti menguasai hadith Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam; nasikh dan mansukhnya; Pengetahuannya mengenai hadith Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mesti setaraf pengetahuannya mengenai al Quran. Dia mesti juga menguasai Bahasa Arab; arif akan seluk beluk syair, dan disiplin ilmu yang lain yang diperlukan untuk memahami al Quran.

Disamping itu, dia juga MESTI MENAHAN DIRI DARIPADA (SERONOK) BERCAKAP. Dia dituntut juga untuk memahami perbezaan pendapat di kalangan para ulamak, selain harus memliki kemampuan atau kepakaran dalam mengambil ketentuan hukum (istinbath).

Jika semua syarat-syarat ini telah dimilikinya, maka barulah boleh baginya bercakap dan berfatwa tentang halal dan haram. Namun jika belum sampai pada darjat ini, dia hanya boleh membincangkan tentang ilmu pengetahuan, tetapi TIDAK dibenarkan untuk berfatwa"

Al Faqih wa al Mutafaqqih, Juz 2, hlm 157, Cetakan Riyadh, Saudi Arabia. - Al Fatwa bayna al indibat al tasayyub.


Ahad, 15 Mac 2015

BEZA ORANG YANG BERILMU DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU DALAM MEMAHAMI AL QURAN

Allah s.w.t berfirman : Katakanlah : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? "Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ( aZ-zumar : 9 )

BEZA ORANG YANG BERILMU DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU DALAM MEMAHAMI AL QURAN





Oleh : Ustaz Muhammad Noorazam bin Bahador

Sehari dua ini,terdapat pihak yang berkongsi melalui aplikasi whatsapp tulisan yang seakan mengutuk Fadhilatus Syaikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari Hafizahullah.

Saya ingin berkongsi sedikit perbincangan yang wujud dalam kelas selepas Subuh bersama Fadhilatus Syaikh Hafizahullah agar kita dapat menilai pihak yang mengutuk dan pihak yang dikutuk.

Seorang pelajar bertanya kepada Fadhilatus Syaikh ; "Apakah cara yang benar untuk memahami agama ini dan memahami Al-Qur'an dan Hadith?"

Fadhilatus Syaikh menjawab :

"Baik,sebutkan kepadaku apa yang engkau faham dari ayat

[وَلَمَّا رَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفًا قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِنْ بَعْدِي أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ وَأَلْقَى الأَلْوَاحَ]
pada perkataan "wa alqa al-alwah"?

(Ayat yang menceritakan tentang Nabi Musa Alaihis Salam pulang dari bermunajat lalu melihat kaum Baginda menyembah berhala)

Pelajar itu menjawab : "Ayat ini bermakna Nabi Musa AlaihisSalam telah melempar lembaran wahyu yang dipegangnya akibat terlalu marah dengan perlakuan kaum Baginda"

Mendengar jawapan dari pelajar tersebut,Fadhilatus Syaikh menerangkan secara panjang lebar :

"Apabila engkau mentafsirkan perkataan أَلْقَى dengan makna melempar atau menghempas,ketika itu engkau telah melakukan kesalahan yang amat besar dalam memahami kalaamullah.

Lembaran wahyu itu mengandungi kandungan Taurat.

Taurat adalah kitab suci.

Kefahaman engkau bahawa Saidina Musa melempar dan mencampakkan kitab suci akibat terlalu marah mengandungi kesalahan yang amat besar.

Pertamanya ia bercanggah dengan perkara pokok dalam agama iaitu Para Nabi adalah Maksum.
Maksum bererti terpelihara dari melakukan sebarang perkara terlarang dalam syariat,walaupun hanya sekadar khilaf aula.

Perbuatan melemparkan lembaran suci adalah haram hukumnya.

Bagaimana engkau boleh faham bahawa Saidina Musa melemparkan lembaran wahyu yang suci itu?
Kemudiannya,engkau cuba pula untuk merasionalkan kefahaman engkau itu dengan berkata perbuatan itu dilakukan kerana Saidina Musa terlampau marah ketika itu.

Kefahaman ini lebih berat kerana engkau mengatakan bahawa Saidina Musa dapat ditewaskan oleh perasaan marah,sehingga melakukan perkara yang dilarang syarak,sedangkan kita dapat lihat orang-orang soleh biasa mampu mengawal marah mereka. Kefahaman sebegini amat-amat bercanggah dengan persoalan maksumnya para Nabi.

Oleh itu,cara yang benar untuk memahami ayat ini dengan betul adalah dengan kita mestilah menghimpunkan terlebih dahulu kesemua ayat dan hadith yang menyebut lafaz أَلْقَى lalu kita teliti penggunaannya.

Kita perlu lihat apakah makna lafaz ini dalam penggunaan bahasa Arab yang fasih.

Apabila kita melihat kamus-kamus utama bahasa arab,kita akan mendapati perkataan أَلْقَى membawa makna "meletakkan sesuatu dalam keadaan tenang".

Apabila kita menghimpunkan ayat Al-Qur'an yang menyebut perkataan أَلْقَى sebagai contoh ayat yang menyebutkan tentang Ibu Saidina Musa ingin menyelamatkan anaknya yang baru dilahirkan dari buruan Firaun :

وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّ مُوسَىٰ أَنْ أَرْضِعِيهِ ۖ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ .

Adakah lafaz "فَأَلْقِيهِ" di sini bermaksud "lempar dan campaklah anakmu itu ke sungai"?

Tentu sekali tidak dapat digambarkan bahawa seorang ibu yang penyayang yang ingin memastikan keselamatan anaknya akan melempar dan mencampakkan anaknya ke dalam sungai itu.

Pastinya makna yang tepat bagi lafaz itu adalah "letakkanlah anakmu itu dengan baik di sungai.."

Kemudian Fadhilatus Syaikh menghimpun dan menyebutkan ayat-ayat lain satu persatu (sekitar 10 ayat dan hadith) yang mengandungi perkataan الإلقاء untuk menjelaskan maksud sebenar dari perkataan tersebut yang mana akhirnya membuatkan kami semua yang hadir dapat faham makna sebenar bagi lafaz أَلْقَى yang disebut dalam kisah Nabi Musa setelah pulang dari bermunajat dengan Allah tersebut.

Fadhilatus Syaikh menegaskan lagi bahawa adalah menjadi satu kesalahan yang besar apabila kita cuba mentafsir dan memahami ayat Al-Qur'an dengan berpandukan penggunaan semasa di zaman kita bagi lafaz tertentu dengan mengabaikan makna asal dalam penggunaan bahasa arab.

Sebagai contoh perkataan أَلْقَى tersebut yang biasanya diguna pada zaman kita dengan makna يرمي yakni melempar dan menghempas,sedangkan makna asalnya berlainan dengan penggunaan hari ini.

Akhirnya,Fadhilatus Syaikh menekankan 4 syarat utama dalam memahami sebarang Ayat Al-Qur'an,Hadith atau sebarang perbahasan dalam persoalan agama:

1. Mestilah menghimpunkan segala ayat dan hadith yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.

2. Mestilah berkemampuan untuk menyusun atur dan menggabungjalinkan segala dalil yang telah dihimpunkan tadi.

3. Mestilah memastikan ketepatan dalam mengeluarkan makna dari lafaz-lafaz ayat dan hadith tersebut dengan mengikuti disiplin istinbat yang betul (lughah arabiah dan usul fiqh)

4. Kefahaman yang telah dikeluarkan tadi ditimbang dan disemak pula dengan perkara teras dan pokok dalam agama juga maqasid syariah.

HafizaAllahu Syaikhana As-Syaikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari yang telah mendidik dan menunjukkan buat kami akan jalan dan cara faham untuk mendalami agama dengan benar.
Bukan sekadar dakwaan dan semangat yang jauh dari panduan Ilmu.

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153125808547458&set=a.130931747457.106611.591167457&type=1

Isnin, 9 Mac 2015

KESAHIHAN RASULULLAH SALLAHU 'ALAIHI WASALLAM DILAHIRKAN DALAM KEADAAN SUDAH BERKHATAN



Oleh : Ustaz Nazrul Nasir

Amanah di dalam ilmu itu sangat penting. Sikap amanah ini yang tiada kepada sebahagian pihak yang kononnya melibatkan diri mereka dengan hadis Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Saya telah melihat di dalam sebahagian laman yang membincangkan tentang adakah Nabi sallallahu alaihi wasallam dilahirkan dalam keadaan dikhitan atau tidak.

Malah yang menggelikan hati saya, mereka sanggup mengambil ilmu daripada orang yang tiada kelayakan untuk membahaskan tentang ilmu yang sangat mulia ini.

Bergelar ustaz dan ustazah tapi dhoif dalam rujukan dan langsung tiada baik sangka dengan para ulama. Malah percaya kepada orang yang ilmunya tidak diketahui daripada mana sumbernya. Benarlah sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

إن من أشراط الساعة أن يلتمس العلم عند الأصاغر

Maksudnya : Sesungguhnya diantara tanda-tanda kiamat itu seseorang itu mengambil ilmu daripada orang-orang yang kecil ( maksudnya kecil ilmunya, sedikit adabnya dan hina akhlaknya).

KHITAN

Kembali kepada perbahasan khitan Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Saya merujuk kitab karangan guru kepada guru-guru kami iaitu al-Imam al-Allamah al-Muhaddith Dr Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah rahimahullah tentang permasalahan ini.

Beliau mengatakan bahawa :

Kebanyakan ulama telah berpendapat bahawa Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam dilahirkan di dalam keadaan :

مسرورا مختونا
Maksudnya: hal keadaannya terputus tali pusatnya dan telah dikhatankan.

Mereka berdalilkan dengan hadis yang diriwayatkan daripada Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam :

من كرامتي على ربي أني ولدت مختونا ، و لم ير أحد سوأتي
Maksudnya : Diantara kemuliaan yang telah diberikan oleh Allah kepada aku ialah aku dilahirkan dalam keadaan telah dikhatankan. Maka tiada seorang pun yang boleh melihat auratku.

Juga diriwayatkan daripada Sayyiduna Abdullah bin Umar bahawa :


ولد النبي صلى الله عليه و سلم مسرورا مختونا
Maksudnya : Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam telah dilahirkan di dalam keadaan telah terputus tali pusatnya dan telah dikhatankan. ( riwayat al-Imam Ibnu Asakir)

Hadis yang pertama itu telah diriwayatkan oleh al-Imam Al-Thabarani di dalam Mu'jam al-Ausath , al-Imam Abu Nuaim, dan al-Imam Ibnu Asakir dengan jalan yang banyak.

Hadis ini juga telah diSAHIHkan oleh al-Hafidz Dhiya'uddin al-Maqdisi di dalam kitabnya al-Ahadis al-Mukhtaarah ( iaitu kitab yang mengumpulkan hadis-hadis yang sohih yang tiada di dalam Sahih Bukhari dan Muslim).

Tashih oleh al-Hafidz Dhiya'uddin ini lebih tinggi daripada yang disahihkan oleh al-Imam Hakim Al-Naisaburi rahimahullah.

Hadis ini juga dihasankan oleh al-Imam al-Hafidz Maghlathi rahimahullah.

P/S: Saya hairan ada orang yang mengaku dia meng'kaji' dan 'meneliti', tapi tidak ketemu dengan pandangan para huffaz Hadis yang mengatakan hadis ini ada yang mensohihkannya.

Mereka hanya menukilkan pandangan al-Imam al-Iraqi dan Ibnul Qayyim di dalam Zadul Maad yang mengatakan ianya dhoif.

Sangat biadap dan khianat terhadap ilmu. Amanahlah. Kalau tak tahu bagitahu semua orang yang kita tak tahu , bukannya belagak pandai macam tahu semua perkara.

Lebih lucu : mengaku merekalah Ahlul Hadis.

Ini ahlul Harddisk bukan Ahlul Hadis.

Semoga bermanfaat dan berhati-hati mengambil maklumat dengan doktor-doktor jelmaan ini. Barakallahu Fikum.

Sumber  : https://www.facebook.com/ustaznazrulnasir/posts/950875184925589

Kenduri Arwah Dan Hukumnya Menurut Imam Nawawi Al Banteni

Gambar Hiasan : Sultan Kelantan di dalam majlis tahlil.

Oleh : Ustaz Ayman Al Akiti

Imam Nawawi al-Jawi al-Banteni (w. 1897 M), ulama hebat dari Nusantara yang telah diakui kehebatannya oleh ulama-ulama Arab secara ittifaq. Bahkan karangan beliau melampaui 40 kitab berbahasa Arab yang fasih, sampai kadang2 orang Arab tak percaya beliau adalah orang Sunda Banten asli.

Beliau berpendapat bahawa bersedekah untuk dihadiahkan kepada mayyit adalah dituntut syariat. Ia tidak terkait sebanyak 7 hari, atau lebih atau kurang. Bahkan menurut beliau, menetapkan 7 hari, 40 hari, 100 hari, 1000 hari hanyalah adat yang boleh dilakukan sebagaimana yang difatwakan Shaikh Sayyid Ahmad Dahlan (w. 1886 M). Maka tidak ada masalah juga membuat acara haul memperingati kewafatan seseorang pada setiap tahunnya! Tetapi memberi makan pada hari kebumian hukumnya makruh kecuali kalau ia adalah harta anak yatim (kecil yang tidak mentasarufkan harta tersebut), maka haram. [Nihayah al-Zayn, 275]





Ketahuilah, tidak ada yang lebih arif dari orang yang berasal dari tempat suatu perkara itu berlaku. Nah di sini ada Imam Nawawi al-Jawi dari Banten, Nusantara yang berbicara, sudah tentu ketika itu dia sudah menimpang fiqh nawazil dan konteks ketika memberi fatwa. Maka sudah seharusnya fatwa beliau dijadikan rujukan, bukan dari fatwa ulama yang tidak mengetahui situasi sebuah daerah tersebut. Wallahu a'lam.

Sumber : http://akitiano.blogspot.com/2015/03/imam-nawawi-banten-membahas-kenduri.html