Halaman

Sabtu, 22 Februari 2014

Siapakah Golongan Anti Hadith Masakini ?

INFO BERGUNA : PENCERAHAN TENTANG GOLONGAN ANTI HADITH

Oleh : Majlis Al-Banjari Litafaqquh Fiddin

Artikel ni admin adaptasi drpd temubual admin dgn tuan guru kita Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari hafizahullah. Pesanan admin, bacalah dengan tenang supaya dapat difahami dengan jelas terutama pada bahagian kalam guru kami.

___________________

Kelompok Anti Hadith ada DUA :

1) Anti semua hadith, tak kira hadith tu Sahih, Hasan, atau Dhaif.
2) Anti hadith Dhaif saja, hadith Sahih dan Hasan mereka terima.

Kedua2 kelompok ni berbahaya.

Kelompok Pertama: Ialah kelompok yg menentang dan tidak menerima kesemua hadith2 Nabi saw.

Kelompok Kedua: Ialah kelompok yg menentang, fobia, dan tidak menerima penggunaan hadith2 Dhaif sekalipun dalam perkara fadhail amal. Kelompok ini menyamakan taraf hadith2 dhaif seperti hadith2 maudhu'.

[] [PERHATIAN] Terkeluar dari maksud kelompok kedua itu adalah golongan yang menetapkan hadith Sahih dan Hasan sahaja sebagai dalil dan hujjah dalam hukum hakam, sementara hadith Dhaif masih dapat diamalkan dalam perkara fadhail amal, sirah, manaqib, dan tarikh. Namun sekiranya hadith dhaif itu memiliki pelbagai syuhud yg dpt menaikkannya ke darjat hasan lighairihi, maka dapatlah ia dijadikan sebagai hujjah dalam hukum ahkam. Dengan pendirian ini, maka kesemua bahagian hadith2 samada Sahih, Hasan dan Dhaif itu dapat dijaga dan diamalkan. Inilah pegangan ulama hadith Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini juga pegangan kita. []

Kelompok Pertama diibaratkan sebagai abang. Manakala kelompok kedua diibaratkan sebagai adik.

Si abang terlalu “extreme” dalam penolakkannya terhadap As-Sunnah. Manakala Si Adik agak lunak dan berhemah dalam penolakannya terhadap As-Sunnah.

Si Abang terang-terangan dalam tindakannya, manakala Si Adik bijak “cover line” dalam aktivitinya.

Kedua2 kelompok ni sangat bijak berkata2 dan pusing2 kata. Sekalipun kedua2 kelompok ni diibaratkan sebagai adik beradik, namun kedua2 kelompok ini saling berlawan dan berlumba dlm menyebarkan fahaman dan melebarkan pengaruh. Biarpun terpaksa menjadikan pihak lain sebagai mangsa dalam persaingan mereka.

Orang awam yg tidak mengerti, akan menganggap siapa di antara mereka (kedua2 kelompok tersebut) yg paling hebat hujjahnya sbg Hero dan Juara pembela Agama. Walhal kedua2nya dalam senyap adalah Juara yg meruntuhkan Agama.

Apabila mereka bertembung, mereka akan saling menghujam dan menghujat. Ini kerana asas “trick” dan manhaj penyebaran fahaman kedua kelompok ini adalah : "Islam tertegak dengan Hujjah".

_____________

Menurut guru kami, yg memberi komentar terhadap cogan kata : "Islam tertegak dengan Hujjah". Beliau memberi pencerahan sebagai berikut :

[] “Yang sebenarnya Islam bukan hanya akan tertegak dengan semata-mata Hujjah, tetapi dengan Ilmu dan Amal yg muwafakat dgn petunjuk Ilahi, atau kata lain yg lebih ampuh : “Hidayah dan Taufiq Allah”.

Berapa banyak ahli yg bijak pandai dalam berhujjah, tetapi jika tidak berpijak di atas Ilmu yg benar, akhirnya mereka tersesat. Lihat sajalah kaum Nashrani, dan yg senasib dengannya. Berapa banyak ahli yg bijak pandai dalam berhujjah, tetapi jika tak pernah beramal dengan syariat-Nya, akan terjerumus ke dlm kelompok sesat juga. Lihat sajalah kaum Yahudi, dan yg seperangai dengannya. Berapa banyak ahli yg bijak pandai dalam berhujjah, tetapi selama jauh dairipada Hidayah dan Taufiq Allah, mereka berlegar-legar dalam relung kesesatan.
Sesiapa sahaja yg memiliki ilmu yg benar yg muwafaqat dengan petunjuk Ilahi dan pedoman Nabawi, serta mengamalkannya dalam setiap detik kehidupan, samada urusan dunyawi mahupun ukhrawi, maka ia akan selamat dan bahagia. Sesiapa sahaja yg dikurniakan Hidayah dan diberikan Taufiq, pasti mereka berjaya di dunia dan sentosa di akhirat.
Golongan yg berjalan di atas Ilmu dan Amal, golongan yg mendapat kurniaan Hidayah dan Taufiq, golongan inilah yg menjadi penegak Agama, golongan inilah yg menyebarkan keindahan dan kesyumulan Islam. Golongan inilah yg diberi kekuatan hujjah melalui lidah dan akhlak. Golongan inilah yg mendapat pertolongan daripada Allah Ta’ala. Golongan inilah yg dapat mengalahkan musuh2 Islam.” []

_________________

{ SOALAN } Mana yg lebih berbahaya antara dua kelompok tersebut?

Kedua2nya adalah berbahaya. Oleh itu, kedua2nya perlu dijauhi oleh orang awam. Kedua2nya perlu disedarkan oleh para ulama. Kedua2 kelompok ini juga perlu di ta’zir (dihukum) oleh pemerintah Negara Islam sekiranya mereka masih aktif menyebarkan fahamnya.

Menghukum kelompok pertama saja, dan membiarkan kelompok kedua adalah satu pekerjaan yg tak berkesudahan. Kerana kedua2nya sama saja nisbah penolakan mereka terhadap As-Sunnah secara syumul. Hanya saja kelompok pertama itu agak keterlaluan, manakala kelompok kedua agak lunak. Namun kedua2 sama dalam tujuan iaitu mengelirukan orang ramai terhadap asas dalil2 syariat.

Adakalanya yg lunak itu lebih berbahaya berbanding yg melampau. Di awal surah al-Baqarah Allah menceritakan sedikit tentang orang2 yg beriman, kemudian sedikit tentang orang yg kafir, kemudian banyak tentang orang2 munafik. Sekali pun kita tahu bahawa orang kafir itu berbahaya, namun para ulama menegaskan bahawa orang2 yg munafik itu lebih berbahaya berbanding orang kafir.

________________

{Soalan} Bukankah kelompok kedua juga menghidupkan As-Sunnah dan mengajak orang kepada Sunnah?

Jangan terpedaya dengan zahir. Para ulama telah pun sepakat menjadikan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai Hujjah Syariat.

Al-Quran dan As-Sunnah, merupakan dalil Mujma’ ‘Alaih (Ijmak atasnya), manakala Ijmak dan Qias merupakan dalil Muttafaqun ‘Alaih (Sepakat atasnya).

Ijmak dan Qias itu bukan lain melainkan drpd tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah sendiri. Bermakna, membuang Ijmak dan Qias secara tidak langsung menolak Al-Quran dan As-Sunnah. Dan ini berlaku bukan sahaja kepada Kelompok Pertama, bahkan kepada Kelompok Kedua itu sendiri.

Tentang As-Sunnah itu pun para ulama telah pun sepakat kepada pembahagian darjatnya secara umum iaitu, Sahih, Hasan, dan Dhaif. Inilah pembahagian darjat hadith secara umum yg disepakati dan yg kita semua pelajari. Para ulama juga sepakat ketiga2 darjah hadith ini dapat diamalkan. Hanya pengamalannya saja berbeza, iaitu hadith Dhaif dpt diamalkan pada perkara fadhail amal, manaqib, tarikh, sementara hadith Sahih dan Hasan dapat diamalkan dlm pendalilan hukum hakam.

Ini berbeza dgn Kelompok Kedua yg jelas menolak hadith2 Dhaif dlm urusan fadhail amal. Lebih malang mereka telah menyamakan taraf hadith Dha’if dengan hadith Maudhu’.

Perlu kita ketahui bahawa terjadinya hadith dha’if itu ialah bergantung dgn perawi. Sementara Matan hadith tetap drpd Nabi saw. Ini berbeza dgn hadith Maudhu’ yg sememangnya Matan hadith itu bukan drpd Nabi saw. Menolak hadith dhaif itu secara umum bererti telah membuang sebahagian besar hadith2 drpd Rasulullah saw.

Maka bagaimana dapat dikatakan Kelompok Kedua itu menghidupkan As-Sunnah?

_____________

Allah.. Sangat hebat fitnah yg menimpa kita. Jom perbanyakkan berdoa, moga Allah SWT sentiasa melindungi dan menyelamatkan kita semua drpd fitnah ini.

Sumber  : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=258690684306012&set=a.107399699435112.13204.100004952470547&type=1&ref=notif&notif_t=like_tagged

Rabu, 19 Februari 2014

Perbanyakkan Zikir dan Doa Dalam Sujud



Pergerakan dalam solat ketika sujud adalah gambaran terbesar kehambaan kita kepada Allah SWT. Sujud keadaan yang paling hampir seseorang hamba itu kepada penerimaan Tuhannya maka perbanyakkan zikir dan doa ketika sujud.

Rasulullah SAW bersabda:

“Paling hampir seorang hamba itu dengan Tuhannya adalah ketika dia sujud maka perbanyakkan doa.” (Riwayat Muslim)


Maksud hampirnya hamba itu kepada Allah SWT adalah dekat penerimaan segala permohonan, rasa rendah dirinya kepada Allah, bukan hampir dari segi tempat atau ruang makhluk kerana zat Allah bukan di kiri, kanan, belakang, depan, atas atau bawah.

Begitu juga lafaz yang disebut bererti Maha Suci Tuhan Yang Tinggi Keagungan-Nya bukan bererti tinggi tempat kerana Allah SWT ada tanpa bertempat.

Sementara itu, tiada didikan yang amat mulia melainkan memberi tarbiah kepada anak supaya memelihara akidah dan solat lima waktu. Kalam ulama muktabar Imam Syeikhul Islam Abdullah al-Harari memetik sabda Baginda Rasulullah SAW: “Wajib ke atas penjaga kanak-kanak sama ada perempuan atau lelaki yang telah mumayyiz iaitu telah mula boleh memahami sesuatu ketika berumur tujuh tahun ke atas ibu bapanya hendaklah menyuruh anaknya menunaikan solat dan mengajar keduanya hukum hakam solat serta memukul keduanya setelah berumur 10 tahun jika sengaja meninggalkan solat begitu juga pada puasa yang selagi dia mampu.”

Ibnu ‘Abbas ketika berehat sebentar di rumah ibu saudaranya, Maimunah isteri Rasulullah, baginda yang pulang ke rumah terus bertanya:

“Adakah Ibnu ‘Abbas telah solat.” (Riwayat al-Bukhari)

Sejurus Nabi Muhammad SAW pulang ke rumah, baginda terus bertanya akan solat terhadap anak di bawah jagaannya. Ini menunjukkan penting memerhatikan orang bawahan kita terutama anak-anak supaya sentiasa memelihara solat.

Ucapan setinggi-tingginya tahniah kepada ibu bapa yang mendidik anak untuk menjaga solat sekalipun berada di negara barat yang agak sarat dengan gejala sosial demi melahirkan generasi yang beramal dengan agama Islam dan cinta akan solat.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perbanyakkanzikir_doadalamsujud/Article/index_html

Ahad, 16 Februari 2014

Hukum Membaca Surah al Fatihah Kepada Orang Islam Yang Meninggal Dunia



Sunat apabila mendengar kematian atau mendengar musibah menyebut InnaliLlahi wa inna ilaihi roji'uun. Namun adakah tidak boleh membaca surah al Fatihah dan menghadiahkannya kepada simati apabila mendengar perkhabaran kematian mengenainya ?

Jawapan :

Oleh : Dr Abd Malik Abd Rahman as Sa'adi (Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, pakar feqh di Iraq)

Tidak terdapat satu dalil yang khusus yang membolehkannya dibaca untuk orang-orang yang telah mati melainkan ketika solat jenazah.

Namun begitu, ia tidaklah menjadi tegahan sekiranya DIHADIAHKAN PAHALANYA kepada orang-orang mati dengan anggapan bahawa ia adalah pahala membaca al Quran. Lebih-lebih lagi surah al fatihah ini mempunyai satu keistimewaan yang khusus kerana :

Ia adalah 'Fatihah al Kitab' (Pembukaan al Quran), As Sab'u al Mathani dan ia dibaca pada setiap solat.

Kalaulah tidak kerana keistimewaannya itu dan orang-orang mati tidak memperolehi pahala daripadanya, sudah tentu ia tidak disyariatkan pembacaannya pada solat jenazah yang mana asas utama daripada solat tersebut ialah berdoa untuk orang mati bukan semata-mata membacanya. Maka pembacaan al Fatihah pada solat tersebut sudah semestinya menunjukkan kepada sesuatu yang memberi faedah untuk si mati daripadanya. Wallahua'lam.

Setiap yang telah diperkatakan tadi juga boleh dikategorikan termasuk di dalam kaedah : "Buatlah kebaikan, semoga kamu berjaya" وافعلوا الخير لعلكم تفلحون

Namun begitu, walaupun kami berpendapat perkara yang telah berlalu tadi bukanlah satu yang bid'ah di dalam agama, tetapi patut juga kamu ketahui bahawa ia dikira sebagai bid'ah SEKIRANYA kamu melakukannya, kemudian menghubungkannya secara terus kepada Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan mengatakan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah melakukan yang demikian atau berkata " Rasulullah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda : "Lakukan seperti berikut.." kerana itu adalah satu pendustaan terhadap Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam.

TETAPI kita melakukannya berdasarkan satu keizinan yang umum, kerana itu kita tidak mengaitkannya dengan masa atau tempat atau sifat atau cara tertentu bagi keizinan tersebut. WaLlahua'lam.

Sumber Rujukan : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq

Respon Isu : https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/611468442251634/?type=1&theater

Sabtu, 15 Februari 2014

Bolehkah Membaca أستغفرالله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم و أتوب إليه Selepas Solat ?





Soalan :

Benarkah bacaan أستغفرالله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم و أتوب إليه lepas solat tak boleh kerana ada tokok tambah ?

Jawapan :

Hadith mengenai wirid di atas (أستغفرالله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم و أتوب إليه) ada disebut oleh Al Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Fath al Baari iaitu istighfar Rasulullah sallaLLahu 'alaihi wasallam ketika berada di tempat tidur. Riwayat Imam al Tirmidzi daripada Abi Sa'id dan beliau menyatakan ia bertaraf Hasan.

Hadith berkaitan zikir di atas (dibaca selepas solat Subuh dan Asar) dengan lafaz -أستغفرالله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم و أتوب إليه juga didapati dhoief, riwayat Imam al Munziri di dalam kitab al Targhib wa at tarhib.

Beramal dengan hadith dhoief dibolehkan oleh para ulama hadith dan feqah (Imam Al Suyuthi dalam kitab Tuhfatu al Abrar).

Di dalam hadith sohih ada meriwayatkan tentang tindakan yang dilakukan oleh seorang sahabat radiyaLlahu 'anhu bernama Rif'ah bin Rafi' al Zaraqiyyi radiyaLLahu 'anhu yang telah MENOKOK TAMBAH lafaz zikir ketika bangkit daripada ruku'. Cerita ini telah disebutkan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rif'ah bin Rafi' al Zaraqiyyi radiyaLLahu 'anhu, katanya (yang bermaksud) :

Daripada Rif'ah bin Rafi' al Zaraqiyyi radiyaLlahu 'anhu, katanya : Suatu hari kami telah solat bersama-sama Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam. Ketika mengangkat kepala dari RUKU', baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam lantas menyebut : سمع الله لمن حمده .. Tiba-tiba seorang lelaki di belakangnya (ketika bangkit daripada ruku') menyebut : ربنا ولك الحمد حمدا كثيرا طيبا مبارك فيه . (setelah selesai solat), RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam lalu berpaling ke belakang sambil bertanya : "Siapakah di antara kamu yang menyebutkan perkataan tadi ketika solat ? " Jawab lelaki tersebut : "Saya"
RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam lantas bersabda : "Aku telah melihat lebih daripada tiga puluh orang para malaikat berebut-rebut untuk menjadi orang yang paling awal menulis ucapan tadi.

(Sahih Bukhari Hadis nombor 799, Jilid 2/331-332. Sunan Abi Daud. Hadis no : 770, Jilid 1/204. Sunan an Nasa'i, Jilid 2/196. Al Muwattha', Jilid 1/211-212. Musnad Imam Ahmad, Jilid 4/340. )

Hadith seperti ini telah diriwayatkan juga oleh Imam Muslim daripada Anas bin Malik RadiyaLlahu 'anhu katanya (yang bermaksud) :

Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu, katanya : "Sesungguhnya ada seorang lelaki datang. Lalu dia pun memasuki saf dalam keadaan sesak nafas. Maka (tiba-tiba selepas bangkit dari ruku') dia telah menyebutkan :
الحمد لله حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه
Selepas selesai menunaikan solat, Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam lantas bertanya :"Siapakah di antara kamu yang menuturkan beberapa kalimat tertentu di dalam solat tadi ? Semua sahabat senyap tidak menjawab.

Lantas RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam mengulangi soalan tadi :"Siapakah di antara kamu yang menuturkan beberapa kalimah tertentu di dalam solat tadi ? Sesungguhnya ucapannya itu, tidak mengandungi mudharat ! Tiba-tiba ada seorang lelaki menjawab : "Tadi ketika sampai, saya telah sesak nafas, lalu saya pun menyebutkan kalimah-kalimah tersebut (secara spontan). Rasulullah pun menjelaskan dengan bersabda :

"Sesungguhnya aku telah melihat dua belas orang malaikat berebut-rebut (untuk menjadi orang yang paling awal) mencatatkannya dan (seterusnya) mengangkatnya ke langit.

(Sohih Muslim, Jilid 1/419)

AlHafiz Imam Ibnu Hajar al asqolany (Fathul Bari - Jilid 3/188) ketika mengulas hadith di atas :

Maksudnya : Beberapa kesimpulan yang dapat diambil berdasarkan hadith ini ialah :

1. HARUS mencipta atau menokok tambah lafaz-lafaz zikir yang tidak pernah diriwayatkan di dalam hadith-hadith sahih, (dengan syarat) ianya tidak bercanggah dengan lafaz-lafaz zikir yang diriwayatkan.

2. HARUS berzikir dengan KUAT dalam solat selama mana iainya tidak mengganggu kekhusyukan orang lain.

3. Tidak makruh, orang yang bersin di dalam solat memuji Allah dengan menyebut : الحمد لله

4. Orang yang sedang solat tidak wajib ke atasnya menjawab ucapan الحمد لله yang diucapkan oleh orang yang bersin.

5. Harus memanjangkan rukun i'tidal ketika solat (dengan syarat, memanjangkannya kerana) membaca zikir yang panjang.

Tambahan :

Lafaz istighfar yang disebutkan mengandungi makna berdoa kepada ALlah supaya menghapuskan dosa. Ia adalah baik dan sesuai, kita menyebutkan sifat-sifat terpuji bagi Allah selepas kita menyebut namaNya dengan niat supaya doa kita akan dimakbulkan oleh Allah.

Sumber rujukan :

Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al Hafiz, Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya, Suatu Kajian Terperinci Berdasarkan Hadith Dan Ulama'Muktabar, Cetakan Pertama 2008, D'nonce Sdn Bhd, Kelantan

Rujuk https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/611495868915558/?type=1&theater

Khamis, 13 Februari 2014

Aqidah Imam Hasan Al Banna (Pengasas Ikhwanul Muslimin)

Aqidah Imam Hasan Al-Banna: Pertembungan Antara Manhaj al-Asy'ari dengan Salafiyyah

Oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis 






Imam Hasan Al-Banna berkata dalam risalah Aqo’id beliau ketika membuat kesimpulan tentang ayat-ayat mutasyabihat:

وخلاصة هذا البحث، أن السلف والخلف قد اتفقا على أن المراد غير الظاهر المتعارف بين الخلق، وهو تأويل في الجملة، واتفقا كذلك على أن كل تأويل يصطدم بالأصول الشرعية غير جائز، فانحصر الخلاف في تأويل الألفاظ بما يجوز في الشرع، وهو هيّن كما ترى، وأمر لجأ إليه بعض السلف أنفسهم

Maksudnya:

“Kesimpulan perbahasan ini bahawasanya Salaf dan Khalaf telah bersepakat bahawasanya yang dimaksudkan (pada ayat-ayat mutasyabihat tersebut) bukanlah dengan makna zahir yang diketahui oleh makhluk-makhluk. Ini adalah manhaj ta’wil. Mereka (Salaf dan Khalaf) juga bersepakat bahawasanya setiap ta’wil yang bercanggah dengan usul syar’iyyah tidak dibenarkan. Namun, perselisihan terbatas kepada ta’wil lafaz-lafaz mutasyabihat dengan ta’wil yang dibenarkan oleh syarak. Maka, khilaf tersebut sangat ringan sebagaimana yang anda lihat. Bahkan perkara tersebut (ta’wil mutasyabihat) juga dilakukan oleh sebahagian salafus-soleh itu sendiri”.

Kesimpulannya, pendirian Imam Hasan Al-Banna terhadap nas-nas mutasyabihat adalah:

Salaf dan Khalaf sepakat bahawasanya tidak boleh memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna zahir yang digunakan oleh makhluk seperti contohnya, tidak boleh faham yadd dengan makna tangan, dan sebagainya.

Salaf dan Khalaf sepakat melarang ta’wil bagi nas-nas mutasyabihat dengan ta’wilan yang bercanggah dengan syarak.

Pada hakikatnya, Salaf dan Khalaf tetap menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat kerana tidak berpegang dengan makna zahirnya.

Perbezaan kecil antara Salaf dengan Khalaf adalah, majoriti khalaf menta’wilkan (memberi ta’wil) ayat-ayat mutasyabihat dengan ta’wil yang dibenarkan oleh usul syarak sedangkan golongan Salaf tidak memberi ta’wilnya. Pun begitu, menurut Imam Al-Banna, ada juga sebahagian Salaf yang menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat. Jadi, perbezaan antara Salaf dengan Khalaf sangat kecil.

Oleh sebab pendirian tegas Imam Hasan Al-Banna dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat sebagaimana pendirian As-Sawad Al-A’zhom (majoriti umat Islam), maka golongan Mutasallif banyak mengkritik dan menuduh Imam Hasan Al-Banna sebagai sesat sebagaimana mereka menuduh sesat Al-Asya’irah (majoriti umat Islam).

Lihatlah bagaimana Dr. Umar Al-Asyqar berkata dalam buku “Al-Aqidah fi Allah” m/s 245:

حاول بعض المعاصرين كالشيخ حسن البنا والشيخ حسن أيوب وغيرهما أن يهوّنوا من خطيئة هؤلاء الذين عُرفوا باسم الخلف، وأن يقربوا بين وجهة نظر السلف والخلف، ولكن الحقيقة التي يجب أن تدرك أن مذهب الخلف الزاعمين أن ظاهر الصفات غير مراد المؤولين لها، مذهب بعيد عن الصواب، ولا لقاء بينه وبين مذهب السلف، ولا يشفع لبعض الخلف حسن نيتهم، فحسن النية لا يجعل الباطل حقاً

Maksudnya: “Sebahagian ahli ilmu zaman ini seperti Sheikh Al-Banna, Sheikh Hasan Ayyub dan sebagainya memperkecilkan kesalahan mereka yang dikenali sebagai Khalaf (merujuk kepada golongan Al-Asya’irah) dan mendekatkan pandangan Salaf dan Khalaf (dalam bab ayat mutasyabihat) sedangkan pada hakikatnya (-menurut sangkaan Umar Al-Asyqar-) yang perlu diketahui bahawasanya mazhab Khalaf yang menyangka makna zahir bagi sifat-sifat (ayat mutasyabihat) bukan dimaksudkan oleh Allah lalu mereka menta’wilkannya, maka itu merupakan mazhab yang jauh dari kebenaran. Tiada titik pertemuan antara Khalaf dengan mazhab Salaf dan sebahagian Khalaf tidak perlu lagi diberi pembelaan dengan niat mereka yang baik kerana niat yang baik tidak pernah menjadikan sesuatu kebatilan sebagai kebenaran”.

Lihatlah betapa Dr. Sulaiman Al-Asyqar yang merupakan antara golongan Mutasallif (pengaku salafi) mengkritik hebat Al-Asya’irah (dengan sebutan Khalaf) dan mengkritik hebat orang yang cuba mendekatkan kedua-dua manhaj, Salaf dan Khalaf dalam masalah mutasyabihat, seperti Imam Hasan Al-Banna.

Oleh kerana itulah, Dr. Al-Qaradhawi membalas kritikan Dr. Sulaiman dalam buku beliau Fusulun Fi Al-Aqidah dan membela pendirian Imam Hasan Al-Banna.

Pendirian Imam Hasan Al-Banna lalu dibela oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam buku Al-Fusul merupakan pendirian majoriti ulama’ Islam sejak zaman salaf sehingga zaman khalaf (kerana term salaf dan khalaf berkaitan dengan masa, bukan berkaitan dengan mazhab tertentu) yang mana ianya terus dipertahankan oleh golongan Ahlus-Sunnah wal Jamaah dari kalangan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah.

Setelah mendapati kesepakatan manhaj Salaf dan Khalaf yang tidak berpegang dengan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat, dapatlah difahami bahawasanya yang bercanggah dengan manhaj kedua-dua ini adalah manhaj Mujassimah (yang wujud sejak zaman Salaf) dan sesetengah Mutasallif (yang mengikut kefahaman Mujassimah terdahulu).

Hendaklah mereka yang mengaku mengikut fikrah Al-Ikhwan atau dakwah Imam Hasan Al-Banna berpegang dengan aqidah Imam Hasan Al-Banna yang juga merupakan aqidah Al-Asya’irah yang juga merupakan aqidah Salaf yang juga merupakan aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah dan menjauhi aqidah Mujassimah atau sebahagian Mutasallif. Bagaimana mengaku ikut dakwah Al-Ikhwan tetapi aqidah bercanggah dengan pendirian Hasan Al-Banna malah lebih mirip kepada Mujassimah mahupun kepada sesetengah Mutasallif?

Fahaman-fahaman sesat perlu dicegah daripada merebak ke dalam jemaah dakwah dan islah kerana jika tidak dibendung, maka jemaah tersebutlah sebenarnya membawa mafsadah (kemudaratan) kepada masyarakat Islam, walaupun atas nama islah. Bak kata Dr. Sulaiman juga: “niat yang baik tidak pernah menjadikan kebatilan sebagai suatu kebenaran”. Begitu juga, mengaku salaf tetapi tidak mengikut manhaj salaf sebenar tidak pernah menjadikan seseorang itu seorang salaf.


Imam Hasan Al-Banna r.a. juga berkata:

“Sesungguhnya, menetapkan makna zahir (bagi nas-nas mutasyabihat) adalah suatu Tajsim (menjisimkan Allah) dan Tasybih (menyamakan Allah dengan makhluk) kerana zahir lafaz tersebut adalah apa yang telah diletakkan makna baginya (berdasarkan ilmu bahasa Arab itu sendiri)...Manakala mazhab As-Salaf tidak berpegang secara zahir pada ayat dan hadith tersebut tetapi tidak langsung menyentuh dan berbahas mengenainya sama sekali...Salaf dan khalaf bersepakat bahawasanya apa yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. melalui nas-nas mutasyabihat bukanlah dengan makna zahirnya…" [Ditulis dalam Majmuk Rasa'il Imam As-Syahid Hasan Al-Banna pada kitab Al-Aqoid m/s 408-418 yang dinukilkan dalam fusulun fi Al-Aqidah oleh Dr. Al-Qaradhawi m/s: 34.]

Sumber : http://rajamukhlis.blogspot.com/2013/05/aqidah-imam-hasan-al-banna-pertembungan.html

Sabtu, 8 Februari 2014

Adakah Kitab al Feqh al Manhaji Adalah Kitab Muktabar Dalam Mazhab Asy Syafie ?



Bagaimana pula dengan Al Feqh Al Manhaji karangan susunan Dr Mustofa al Khin, Dr Mustafa al Bugho dan Ali ASy Syarbaji ?

Jawapan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre :

1) feqh manhaji lebih kurang seperti nota ringkas mazhab syafie mengikut 3 ulamak syria tersebut. Maka yg mengajarnya perlu ada kefahaman jitu dlm mazhab syafie utk mengajarnya dengan tepat mengikut mazhab dan sesuai dgn masyarakat malaysia.

2) feqh manhaji BUKAN rujukan utama feqh syafie oleh mana2 ulamak sebab mengetahui ia IBARAT NOTA RINGKAS moden. Ia sangat bermanfaat namun ia bukan tempat rujuk.

3) ia sesuai dibacakan kpd org awam oleh mereka ygTELAH BELAJAR kitab2 muktabar mazhab. Ia BUKAN kitab utk org yg nak tafaqquh belajar.

WaLlahu a'lam bissowab.


Panduan cara mengeluarkan hukum dari mazhab Syafie:

Oleh : Ustaz Al Al-Malakawi Mohamad Elias (Pondok Pasir Tumboh)

Mazhab syafie ada mempunyi ulamanya sendiri yang mengeluarkan fatwah. Terkadang fatwa mereka itu ada yang bersalahan antara satu sama yang lain jadi bagaimana kita, orang yang terkemudian hendak mengetahui, seterusnya menghukum atau menfatwa dengan pendapat mereka itu.

Di sini saya akan bawakan kaidah untuk mengatahui mana kah pendapat yang paling kuat antara sekelian pendapat dan dapat kita beramal dengannya.

Kitab yang muktamad yang wajib dibuat dalil pada hukum atau fatwa adalah mengikut aturan berikut

telah mufakat sekelian ulamak yang terkemudian daripada Imam Nawawi, bahawa perkatan yang muktamad (yang hendaklah dipegang) didalam mazhab Syafie yaitu kaul (pendapat) yang disepakati oleh Imam Nawawi dan Imam Rafie (kedua-duanya adalah Mujtahid Fatwa dalam Mazhab Asy Syafie).

sekira bersalahan keduanya maka pendapat yang dipegang oleh Imam Nawawi itulah yang muktamad

sekiranya satu masalah itu disebut salah seorang dari mereka itu maka masalah itu lah yang mutamad.

masalah yang tidak disebut keduanya maka kaul yang muktamad yang dipegang ulama tarjih.

sekiranya bersalahan kitab Imam Nawawi pada membahaskan suatu masalah maka hendaklah dipegang kitab dengan mengikut aturan ini

Tahkik

Majmuk

Raudah

Minhaj

Didahulukan pendapat yang mufakat di dalam kebanyakan kitab Imam Nawawi daripada pendapat yang mufakat sedikit kitab Imam Nawawi.

didahulukan pendapat yang disebut pada babnya daripada pendapat yang disebutkan pada lain babnya. Kaidah ini dipakai pada sekelian karangan ulama Syafieyah.

sekiranya bersalahan antara fatwah dan karangan seorang ulama hendaklah didahulukan karangannya

kaul yang muktamad didalam karangan Imam Nawawi dan Rafie itulah yang dimuatkan didalam kitab Tuhfah bagi Syeh Ibnu Hajar dan Nihayah bagi Syeh Ramli.maka dua kitab ini yang paling muktamad daripada yang lain yang setaraf dengannya. Kerana pangkat dua ulama ini dengan nisbah ulama mutakhirin terlebih dari yang lain

sekiranya bersalahan antara Nihayah dan Tuhfah pada suatu masalah maka boleh kita brpegang dengan mana-mana pendapat dari dua kitab itu

Sekiranya ada perselisihan di dalam kitab-kitab Syeh Ibnu Hajar hendak lah didahulukan:

Tuhfah

Fathul Jawad

Imdad

Fatawa

Syarah Muktasar

Syarah a’bab

masalah yang tidak disebut di dalam Tuhfah dan Nihayah dan tidak disebut di dalam kitab-kitab syeh Ibnu Hajar yang lain maka yang muktamad ialah:

yang disebut Syekul islam (zakariah Ansari)

kalam Khatib

Hasyiah Ziadi

Kalam Hasyiah Ibnu Kasim

Kalam Umairah

Kalam Hasyiah Syabral-malisi

Kalam Hasyiah Mahali

Kalam Saubari

Kalam Inani

Ini jika tidak menyalahi mazhab.

Sumber : http://almalakawi.wordpress.com/2009/05/22/cara-mengambil-hukum-yang-muktamad-di-dalam-mazhab-syafie/




Jumaat, 7 Februari 2014

Bolehkah Menangisi Jenazah ?

Oleh : Mufti Brunei

Apabila berlaku kematian, ada orang yang boleh menghadapinya dengan sabar dan tabah, namun ada juga orang yang tidak dapat menghadapinya sehingga menangis, meratap atau meraung. Perkara sebegini tidak dinafikan berlaku kerana perasaan sayang kepada si mati membuatkan perasaan sedih itu timbul, kerana hidup bersama dalam masa yang panjang semasa si mati masih hidup, kini dia kembali ke hadirat ilahi buat
selama-lamanya. Tentu perkara ini memberikan kesan terhadap semua yang mengenali si mati kadang-kadang tidak dapat menerima hakikat kematiannya. Tambahan lagi orang yang telah pergi selama-lamanya itu keluarga yang dekat seperti ibu atau bapa atau anak sendiri. Mengenai hukum menangisi jenazah ini
akan dihuraikan selanjutnya selepas ini.

Hukum menangisi jenazah

Hukum menangisi jenazah adalah harus sama ada sebelum berlakunya kematian iaitu ketika dalam keadaan nazak ataupun selepas berlakunya kematian. Walau bagaimanapun menangisi jenazah sebelum berlakunya kematian adalah lebih utama berbanding menangisinya selepas kematian. Menangisi jenazah selepas berlakunya kematian adalah khilaf al-awla iaitu menyalahi yang utama kerana ia merupakan penyesalan dari
perkara yang telah lalu.

Menangisi jenazah kerana sayang dan sedih di atas pemergiannya adalah merupakan perasaan semula jadi manusia. Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga pernah menangis ketika menghadapi kematian anak Baginda Ibrahim ‘alaihissalam. Perkara ini jelas disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu:


Maksudnya: “Kami masuk bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi Abu Saif Al-Qaiyn (iaitu suami perempuan) yang mengasuh dan menyusui Ibrahim ‘alaihissalam (putera Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam).

 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengambil Ibrahim lalu memeluk dan menciumnya. Kemudian kami menjumpainya lagi selepas (peristiwa) itu dan Ibrahim hampir menghembuskan nafasnya sehingga menyebabkan kedua mata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berlinang air mata.

Lalu ‘Abdurrahman bin ‘Auf Radhiallahu ‘anhu (dengan perasaan takjub) bertanya kepada Baginda:

“Engkau juga (menangis) wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya ini adalah rahmat,” kemudian berterusanlah keluar airmata Baginda. Setelah itu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya kedua mata boleh mencurahkan air mata, hati boleh merasa sedih, akan tetapi kami tidaklah boleh mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami dan dengan perpisahanmu ini wahai Ibrahim kami amat bersedih”.

(Hadits riwayat al-Bukhari)

Jawapan Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Ibnu ‘Auf Radhiallahu ‘anhu dalam hadits di atas 

“Sesungguhnya ini adalah rahmat” bermaksud keadaan Baginda (tangisan) yang disaksikan oleh Ibnu ‘Auf Radhiallahu ‘anhu itu adalah perasaan kasih sayang terhadap anak dan bukanlah ia sebagai kegelisahan atau ketidak sabaran sepertimana yang disangkakan oleh sahabat baginda itu.

Begitu juga diceritakan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid Radhiallahu ‘anhu ketika baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadapi kematian cucu baginda. Nafas Baginda menggeletar dan airmata Baginda berlinangan di saat cucu Baginda diserahkan kepadanya. Lalu Sa‘ad bin Ubadah Radhiallahu ‘anhu bertanya kepada Baginda:


Maksudnya: “Wahai Rasulullah, (air mata) apa ini?” Nabi menjawab: “(Airmata) ini adalah rahmat (perasaan sayang) yang Allah jadikan dalam hati-hati hambaNya dan sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang penuh rasa kasih sayang.”

(Hadits riwayat al-Bukhari)



Bentuk tangisan yang diharuskan

Bentuk tangisan yang diharuskan itu sebagaimana disebutkan dalam kitab Hasyiatan Qalyubi Wa ‘Umairah ialah tangisan dengan suara yang perlahan (sekadar terisak-isak) walaupun mengeluarkan airmata dan perasaan hati yang sedih.

Menurut Imam as-Subki Rahimahullahu Ta‘ala jika tangisan ke atas jenazah itu, kerana perasaan kasih sayang dan kerana perasaan takut di atas apa yang akan menimpa kepadanya daripada balasan Allah Ta‘ala dan perkara-perkara yang menakutkan pada hari kiamat adalah tidak makruh dan tidak menyalahi yang lebih utama.

Menurut ulama lagi, jika tangisan itu kerana perasaan kasih sayang seperti menangisi kanak-kanak adalah tidak mengapa, akan tetapi adalah lebih baik bersabar. Adapun jika menangisi jenazah kerana hilangnya ilmu, kebajikan, keberkatan dan keberanian si mati maka ia digalakkan.

Bentuk tangisan yang dilarang

Bentuk tangisan yang dilarang ke atas jenazah itu ialah seperti berikut:

1. Haram jika tangisan itu disebabkan ketidaksabaran dan tidak menerima sebagai qadha daripada Allah Ta‘ala.

2. Haram menangisi jenazah dengan menyebut-nyebut kebaikan si mati seperti katanya: “Aduhai gunungku” (simati diibaratkan sebagai gunung kerana simati adalah tempat bersandar dan berharap

Larangan mengenai meratapi jenazah sebgini ada disebutkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh abu Musa al Asy'ari RadiyaLlahu 'anhu bahawa Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya: “Tidak ada jenazah yang (mati atau hampir mati) dan diratapi oleh keluarganya dan berkata-kata:  “Aduhai gunungku” ( ), “Aduhai tuan aku” ( )” atau yang seumpamanya, melainkan diwakilkan untuknya dua malaikat menepuk-nepuk dada si mayat (dengan kedua tangannya dan) berkata: “Beginikah kamu?”

(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Persoalan “beginikah kamu” dalam hadis tersebut itu adalah ancaman bagi orang yang meratap dengan menyebut-nyebut kebaikan simati.

3. Haram menangisi jenazahْ dengan suara yang tinggi seperti meraung (ْحُ وُالن). Abu Malik al-Asy‘ari Radhiallahu ‘anhu menceritakan, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Ada empat (perangai) pada umatku yang dibawa dari zaman Jahiliyyah, mereka tidak dapat meninggalkannya sama sekali iaitu: “Bangga terhadap kemuliaan, menghina hubungan sesama kekeluargaan, mempercayai turunnya hujan melalui perbintangan (ilmu tenung) dan ratapan,” Baginda bersabda: “Orang yang meratap itu apabila dia belum bertaubat sebelum kematiannya maka akan dibangkitkan pada hari kiamat (dalam keadaan kulitnya berkurap atau berkudis seolah-olah) pada (anggota)nya baju (yang dilumuri dengan) minyak (iaitu minyak yang dilumuri pada unta yang berpenyakit kurap dan minyak itu dibakar untuk menghilangkan penyakit kurap pada unta itu seolah-olah) baju dari kurap atau kudis.”

(Hadits riwayat Muslim)


4. Begitu juga haram menunjukkan perasaan tidak sabar (ْعَ زَ جَ ال) sehingga memukul-mukul dada dan pipi atau menarik rambut dan mengoyak baju. Ini juga berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Bukanlah dari golongan kami orang yang menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyak baju dan menyebut-nyebut (penyesalan terhadap si mati) sebagaimana sebutan orang jahiliyyah.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Menangisi jenazah sehingga berlebihan seperti meratap, memukul dada dan pipi, mengoyak baju, dan berteriak adalah dilarang kerana tangisan seperti ini melewati batas-batas yang diharuskan dalam syara‘. Tangisan seperti ini menunjukkan ketidaksabaran seseorang itu dalam menghadapi takdir Allah
Ta‘ala.

Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2013/19%20Jun%202013.pdf