CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

KONGSIKAN

Rabu, 18 Mac 2015

TIDAK HALAL UNTUK BERFATWA MENGENAI AGAMA ALLAH KECUALI



Al hafiz al Khatib al Baghdadi meriwayatkan dalam kitabnya "Al Faqih wa al Mutafaqqih" dari Imam Syafi'i radiyallahu 'anhu berkata "

Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berfatwa mengenai agama Allah, kecuali seorang yang arif dengan Kitab Allah (al Quran), nasikh dan mansukh, muhkam dan mutasyabih, ta'wil dan tanzil, makkiyyah dan madaniyyahnya; apa yang dimaksudkan dengan satu-satu ayat; dalam masalah apa ia diturunkan.

Selain itu, dia juga mesti menguasai hadith Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam; nasikh dan mansukhnya; Pengetahuannya mengenai hadith Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mesti setaraf pengetahuannya mengenai al Quran. Dia mesti juga menguasai Bahasa Arab; arif akan seluk beluk syair, dan disiplin ilmu yang lain yang diperlukan untuk memahami al Quran.

Disamping itu, dia juga MESTI MENAHAN DIRI DARIPADA (SERONOK) BERCAKAP. Dia dituntut juga untuk memahami perbezaan pendapat di kalangan para ulamak, selain harus memliki kemampuan atau kepakaran dalam mengambil ketentuan hukum (istinbath).

Jika semua syarat-syarat ini telah dimilikinya, maka barulah boleh baginya bercakap dan berfatwa tentang halal dan haram. Namun jika belum sampai pada darjat ini, dia hanya boleh membincangkan tentang ilmu pengetahuan, tetapi TIDAK dibenarkan untuk berfatwa"

Al Faqih wa al Mutafaqqih, Juz 2, hlm 157, Cetakan Riyadh, Saudi Arabia. - Al Fatwa bayna al indibat al tasayyub.


Tiada ulasan: