CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

KONGSIKAN

Sabtu, 27 Disember 2014

DOA ELAK BANJIR SYIRIK ?



Jawapan Ustaz Nazrul Nasir  :

Sekarang kita melihat ada sebahagian manusia yang mengatakan bacaan doa yang diambil daripada ayat 44surah Hud sebagai sesuatu yang tidak dibenarkan malah lebih berat menganggap jika membaca ayat tersebut sebagai doa agar hujan berhenti dianggap syirik.

Inilah bahaya jika pandai-pandai mentafsir agama tanpa merujuk para ulama dan pandai dalam ilmu Balaghah Bahasa Arab.

Ini dipanggil Iqtibas di dalam ilmu Balaghah. Rujuklah kitab al-Itqan fi Ulumil Quran karangan al-Imam Al-Suyuti rahimahullah.

Para ulama seperti Sultan Ulama al-Imam Izz Ibn Abdil Salam rahimahullah mengharuskan perkara tersebut iaitu menggunakan ayat al-Quran atau Hadis di dalam doa malah di dalam ucapan dan peringatan seolah-olah kalam itu dia yang menyebutkannya tanpa menyandarkannya kepada penyebut kalam tersebut.

Inilah iqtibas. Malah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga pernah menggunakan iqtibas dalam ucapan Baginda sallallahu alaihi wasallam. Sayyiduna Ibn Umar radhiyallahu anhuma memberi komentar bilamana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menggunakan iqtibas dengan mengatakan bahawa pada Rasulullah itu ada sebaik-baik ikutan.

Tolonglah jangan memandai-mandai dalam agama. Malulah dengan Allah taala dan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Sedar diri kita banyak kekurangan. Rujuklah para ulama yg benar ilmunya bukan ulama title semata-mata.

Sumber : https://www.facebook.com/ustaznazrulnasir/posts/911298395549935?fref=nf

Bacaan Tambahan  : 
1. JANGAN MUDAH MENGKAFIRKAN SESAMA UMAT ISLAM 

2. HUKUM MENUDUH MUSYRIK DAN KAFIR SESAMA UMAT ISLAM  TANPA HAK 

3. KALAU KITA DITUDUH KAFIR DAN SYIRIK BUAT TAHLIL BANYAK BANYAK !

Tiada ulasan: