CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Isnin, 5 Mac 2012

Status Hadith : Jihad Yang Paling Besar Adalah Menentang Hawa Nafsu

Soalan : Assalamualaikum.... Hadis: ” Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? RasuluLlah berkata: Jihad menentang hawa nafsu”. Saya nak tahu benarkah hadis di atas dha'if dan ada juga yang mengatakan hadis di atas palsu? Saya harap sangat ada yang boleh membantu.... Dan, lagi saya nak tanya, kenapa ada sesetengah hadis "dikategorikan"? Sekian, kerjasama anda saya ucapkan terima



Jawapan diberikan oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis

 Hadis ini dirwayatkan dalam beberapa bentuk lafaz. ia diriwayatkan oleh imam al-baihaqi dalam az-zuhd al-kabir, imam al-baghdadi dalam tarikh al-baghdad dan imam ibn al-jauzi dlm zm al-hawa. Sanadnya lemah dan ada yang dinilai sebagai sangat lemah.

 Tetapi dalam bahagian ke-13 daripada al-fawa'id al-muntakhah himpunan imam abu hafs umar bin ja'far al-basri ada menyebut hadis ini dengan sanad yang kuat.

 رقم الحديث: 63 (حديث مرفوع) نا مُحَمَّدُ بْنُ غَالِبٍ , قَالَ : نا عِيسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْبِرَكِيُّ , قَالَ : نا يَحْيَى بْنُ يَعْلَى , قَالَ : نا لَيْثٌ , عَنْ عَطَاءٍ , عَنْ جَابِرٍ , قَالَ : قَدِمَ عَلَى النَّبِيِّ , صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَوْمٌ عُرَاةٌ , فَقَالَ النَّبِيُّ , صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ قَدِمْتُمْ مِنْ جِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى جِهَادِ الأَكْبَرِ " . قِيلَ : وَمَا جِهَادُ الأَكْبَرِ ؟ , قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ "

No hadis: 63 hadis marfu':

telah meriwayatkan kepada kami Muhammad bin Ghalib (thiqah) bahawa beliau berkata: isa bin ibrahim Al-Barki (thiqah) berkata: Yahya bin ya'la At-Taimi Al-Kufi telah meriwayatkan kepada kami, bahawa beliau berkata: Laith (bin Sa'ad Al-Misri, seorang ulama' thiqah) meriwayatkan kepada kami daripada 'Atho' (bin Aslam, seorang ulama thiqah) daripada Jabir r,a. bawasanya beliau berkata: "Telah datang kaum kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya"


Takhrij Hadis Al-Jihad Al-Akbar (Jihad Lebih Besar) 

 Sebahagian pihak mendakwa bahawasanya hadis tentang Jihad Al-Akbar adalah melawan hawa nafsu sebagai hadis yang palsu atau dha’if.

Bagi mereka yang menghukum hadis ini sebagai tidak sah daripada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, maka itu adalah suatu tuduhan tanpa sandaran ilmu yang jelas. Hadis ini bahkan sering digunakan oleh para ulama’ terutamanya para ulama’ sufi.

 Nas hadis ini :-

 Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam :-



 قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ قَدِمْتُمْ مِنْ جِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى جِهَادِ الأَكْبَرِ " . قِيلَ : وَمَا جِهَادُ الأَكْبَرِ ؟ , قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ
 Maksudnya: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya". 

 Ianya diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam Az-Zuhd Al-Kabir (no: 383), Imam Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (15:685) dan Imam Ibn Al-Jauzi dalam Zam Al-Hawa (no: 118). Imam Al-Mulla Ali Al-Qari meriwayatkannya secara Mursal dalam Al-Asrar Al-Marfu’ah fi Al-Akhbar Al-Maudhu’ah (no 210).

Beliau berkata :

 قَالَ الْعَسْقَلَانِيُّ فِي تَسْدِيدِ الْقَوْسِ هُوَ مَشْهُورٌ عَلَى الْأَلْسِنَةِ ، وَهُوَ مِنْ كَلَامِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَبِي عَبْلَةَ فِي الْكُنَى لِلنَّسَائِيِّ ، قُلْتُ : ذَكَرَ الْحَدِيثَ فِي الْإِحْيَاءِ ، وَنَسَبَهُ الْعِرَاقِيُّ إِلَى الْبَيْهَقِيِّ مِنْ حَدِيثِ جَابِرٍ ، وَقَالَ : هَذَا إِسْنَادٌ فِيهِ ضَعْفٌ ، وَقَالَ السُّيُوطِيُّ : رَوَى الْخَطِيبُ فِي تَارِيخِهِ مِنْ حَدِيثِ جَابِرٍ ، وَقَالَ : قَدِمَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ مِنْ غَزَاةٍ لَهُمْ ، فَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ : " قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ ، وَقَدِمْتُمْ مِنَ الْجِهَادِ الْأَصْغَرِ إِلَى الْجِهَادِ الْأَكْبَرِ " ، قَالُوا : وَمَا الْجِهَادُ الْأَكْبَرُ ؟ ، قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ " .

 Maksudnya: “Imam Al-Asqolani berkata dalam Tasdid Al-Qaus: “Ia adalah hadis yang masyhur di lisan-lisan sedangkan ia dari perkataan Ibrahim bin Abi ‘Ablah dalam Al-Kuna oleh Imam An-Nasa’ie. Saya (Al-Qari) berkata: Hadis ini disebut dalam kitab Al-Ihya’ dan Imam Al-‘Iraqi menisbahkannya kepada Al-Baihaqi daripada Hadis Jabir r.a.. Dan Imam Al-Baihaqi pula berkata: “Isnad ini padanya ada kelemahan.”

Imam As-Suyuti berkata: “Imam Al-Khatib meriwayatkannya daripada hadis Jabir lalu berkata “Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam telah datang daripada sebuah perang bagi mereka lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya".

Adapun hadis Imam Al-Baihaqi yang dimaksudkan adalah dalam kitab Az-Zuhd Al-Kabir dengan lafaznya :-


 أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ عَبْدَانَ ، أَنْبَأَنَا أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدٍ ، حَدَّثَنَا تَمْتَامٌ ، حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَعْلَى ، عَنْ لَيْثٍ ، عَنْ عَطَاءٍ ، عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَالَ : " قَدِمَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَوْمٌ غُزَاةٌ ، فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ مِنَ الْجِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى الْجِهَادِ الأَكْبَرِ , قَالُوا : وَمَا الْجِهَادُ الأَكْبَرُ ؟ قَالَ : مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ " . هَذَا إِسْنَادٌ ضَعِيفٌ . 

 Maksudnya:
Ali bin Ahmad bin ‘Abdan telah mengkhabarkan kepada kami, Ahmad bin Ubaid telah menyampaikan kepada kami, Tamtam telah menceritakan kepada kami, Isa bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami, Yahya bin Ya’la telah menceritakan kepada kami daripada Laith daripada ‘Atho’ daripada Jabir bahawasanya beliau berkata: “Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam telah datang daripada sebuah perang bagi mereka lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." 

Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya".

 Sanad hadis ini mengandungi kelemahan sebagaimana disebutkan oleh Imam Al-Baihaqi sendiri. Beliau merujuk kepada Laith bin Aiman (Abi Sulaim) dalam sanad tersebut, yang meriwayatkan daripada ‘Atho’ daripada Jabir r.a.. Imam Ahmad menilai Laith bin Aiman sebagai Mutharib Al-Hadis tetapi ada juga golongan yang meriwayatkan daripada beliau. Imam Yahya bin Ma’in menyebut bahawasanya Laith bin Abi Sulaim dha’if melainkan ditulis hadisnya.

Imam Yahya bin Sa’id Al-Qathan berkata pula: “Bahawasanya tidak diriwayatkan daripada Laith bin Abi Sulaim.” Imam Abu Zur’ah berkata: “Laith bin Abi Sulaim Lain Al-Hadis, yang manan tidak berdirinya hujah di atasnya di sisi ahli ilmu hadis”. [Rujuk Tahzib Al-Kummal] Sebagaimana disebut oleh Imam As-Suyuti, seperti dalam nukilan Al-Mulla Ali Al-Qari, sememangnya Al-Khatib Al-Baghdadi ada meriwayatkannya dalam Tarikh Baghdad tetapi melalui jalan sanad yang sangat lemah sehingga mengandungi Yahya bin Al-‘Ala’ yang ditohmah sebagai pemalsu hadis.

 Ada Sanad yang Baik? 

 Namun, dalam bahagian ke-13 daripada Al-Fawa'id al-Muntakhah himpunan Imam Abu Hafs Umar bin Ja'far Al-Bashri ada menyebut hadis ini dengan sanad yang kuat.

Nasnya :-


 رقم الحديث: 63 ) حديث مرفوع( نا مُحَمَّدُ بْنُ غَالِبٍ , قَالَ : نا عِيسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْبِرَكِيُّ , قَالَ : نا يَحْيَى بْنُ يَعْلَى , قَالَ : نا لَيْثٌ , عَنْ عَطَاءٍ , عَنْ جَابِرٍ , قَالَ : قَدِمَ عَلَى النَّبِيِّ , صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَوْمٌ عُرَاةٌ , فَقَالَ النَّبِيُّ , صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ قَدِمْتُمْ مِنْ جِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى جِهَادِ الأَكْبَرِ " . قِيلَ : وَمَا جِهَادُ الأَكْبَرِ ؟ , قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ 

 Maksudnya: No hadis: 63 (hadis marfu'):

Muhammad bin Ghalib telah menceritakan kepada kami bahawa beliau berkata: Isa bin Ibrahim Al-Barki berkata: Yahya bin Ya'la At-Taimi Al-Kufi telah meriwayatkan kepada kami, bahawa beliau berkata: Laith (bin Sa'ad Al-Misri, seorang ulama' thiqah) meriwayatkan kepada kami daripada 'Atho' (bin Aslam, seorang ulama thiqah) daripada Jabir r,a. bawasanya beliau berkata: "Telah datang kaum kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya".

 Adapun Laith dalam sanad ini bukanlah Laith bin Aiman dalam hadis Al-Baihaqi tetapi ianya adalah Laith bin Sa’ad Al-Misri, seorang ulama’ yang thiqah.

 Justeru, hadis ini mempunyai sanad yang kuat kerana semua perawinya adalah thiqah. Maka, boleh disimpulkan bahawasanya ada jalan sanad yang sahih atau kuat bagi hadis ini. 

 Wallahu a’lam…

 Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil

 Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin

 ‘Amalahullahu bi Lutfihi Al-Khafi

Sumber : http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/349?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

Tiada ulasan:

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Jom Menuntut Ilmu !

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan