Jom Bantu Memberi Faham!
Terima Kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kepada umat Islam yang lain.
Kepada para sahabat dan ilmuwan agama yang pakar dalam aqidah, usuluddin, al Quran, hadith, usul feqh, feqh dan disiplin ilmu yang lain (mengikut Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah) diharap dapat berkunjung ke laman-laman web di bawah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di Malaysia :
1.

Kami sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada Umat Islam di Malaysia di dalam
JomFaham
Ahad, 23 Oktober 2011
SIRI KE 2: PADA MENERANGKAN PELBAGAI MAZHAB-MAZHAB AL-MUSYABBIHAH
Alhamdulillah, saya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambung perbahasan siri ini. Kelihatan dengan jelas kenapa ulama-ulama menghukumkan sesat waimma kufur kepada golongan di bawah disebabkan mereka berpegang dengan tasybih secara NYATA dan melampau. Golongan pentasybih dan mujassimah zaman sekarang kebanyakkan ada unsur-unsur menjadikan Allah 'beranggota' menyebabkan mereka terkeluar dari golongan ASWJ, namun kegelinciran mereka tidak sampai ke batasan sebagaimana firqah di bawah. Selamat membaca.
Abu al-"izz
Di waktu Subuh, Paris.
SIRI KE 2: PADA MENERANGKAN PELBAGAI MAZHAB-MAZHAB AL-MUSYABBIHAH
Berkata al-Imam Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadi (wafat 429) Rahimahullah:
Ketahuilah –semoga kamu dibahagiakan Allah- golongan al-musyabbihat (golongan yang men-serupa-kan (menyerupakan) Allah dengan makhluk) terbahagi kepada dua kumpulan:
i. Kumpulan yang men-serupa-kan zat Allah dengan zat selain Allah
ii. Kumpulan yang men-serupa-kan sifat Allah dengan sifat selain Allah
Kumpulan pertama: Kumpulan yang men-serupa-kan zat Allah dengan zat selain Allah
Kelahiran golangan al-tasybih terawal daripada golongan golongan sesat yang melampau ialah:
1. Al-sabaiyyah- mereka menggelarkan Ali sebagai tuhan, dan men-serupa-kannya dengan zat tuhan. Ketika mana Ali membakar suatu kaum, mereka berkata kepadanya: sekarang kami tahu bahawa engkau adalah tuhan,kerana api tidak akan membakar sesuatu kaum kecuali dia adalah tuhan.
2. Al-Bayaniah iaitu pengikut Bayan bin Sam’an yang mendakwa sembahannya ialah insan daripada cahaya dalam bentuk manusia pada anggota-anggotanya. Anggota-anggota ini akan fana (musnah) kecuali wajahnya.
3. Al- Mughiriyyah iaitu pengikut al-Mughirah bin Said al-‘Ijli yang mengatakan sembahannya mempunyai anggota dan anggotanya dalam bentuk huruf-huruf al-hija’ (huruf bahasa Arab).
4. Al-Mansuriyyah ialah pengikut Mansur al-‘Ijli yang menyerupakan dirinya dengan tuhannya, dan dia mendakwa telah naik ke langit, dan mendakwa juga yang tuhannya menggunakan tangannya menjamah kepalanya. Dan tuhan berkata kepadanya: “Wahai anakku, sampaikan daripadaku”.
5. Al-Khitabiyyah yang berkeyakinan ketuhanan para Imam dan dan ketuhanan Abi al-Khttab al-Asadi.
6. Kumpulan yang berpegang dengan ketuhanan Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Jaafar.
7. Al-Hululiyyah yang berpegang hulul (bersatu) Allah pada diri para Imam dan menyembah para Imam atas tujuan atau pegangan tersebut.
8. Al-Huliyyah al-Hilmaniyyah yang disandarkan kepada pengasasnya iaitu Abu Hilman al-Dimasyqi yang mendakwa bahawa tuhan bersatu dengan semua bentuk yang cantik, dan dia sujud kepada semua yang cantik.
9. Al-Muqanna’iyyah al-mubidhah di belakang Sungai Jaihun dan dakwaan mereka bahawa al-Muqanna’ ialah tuhan, dan ia berbentuk pada setiap zaman dengan bentuk tertentu.
10. Al-‘Azafirah yang berkata dengan ketuhanan Ibn Abi al-‘Azafir yang dibunuh di Baghdad.
Kumpulan-kumpulan ini yang kami sebut pada fasal ini, semuanya terkeluar dari Agama Islam walaupun mereka ini dinisbahkan kepada Islam secara zahir.
Akan bersambung…. Insya Allah
Abu al-‘Izz
Menjelang Subuh, Paris.
Sumber : http://drasmadinet.blogspot.com/2011/10/siri-ke-2-pada-menerangkan-pelbagai.html
Selasa, 18 Oktober 2011
SIRI 1: MENGENALI FIRQAH YANG SESAT: AL-KARRAMIAH DAN AL-MUJASSIMAH
Sidang pembaca semua,
Saya bercadang memulakan perbincangan tajuk khusus mengenai firqah yang sesat. Insya Allah Taala, saya akan cuba sambung huraian ini dari masa ke semasa. Saya memilih kitab al-Farq baina al-Firaq oleh al-Imam Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadi (wafat 429H). Semoga kita diberi hidayah oleh Allah Taala untuk menjauhi golongan yang sesat. Allah al-musta'an.
SIRI 1 (telah diupdate)
MENGENALI FIRQAH YANG SESAT: AL-KARRAMIAH DAN AL-MUJASSIMAH
Berkata al-Imam ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi (429H) Rahimahullah:
Al-Karramiyyah di Khurasan ada tiga golongan iaitu haqaiqiyyah, taraiqiyyah dan Ishaqiyyah. Tiga golongan ini tidak mengkafirkan sesama mereka. Namun mereka dikafirkan oleh golongan-golongan lain (termasuk ASWJ mengkafirkan mereka). Oleh sebab itu, kami golongkannya sebagai satu golongan.
Ketua mereka ialah Muhammad bin Karram, yang dihalau keluar Sajistan ke Gharjistan
Antara pengikutnya pada waktu itu ialah Aughad Syurmin, Afshin, Warad Nisabur ketika pemerintahan Muhammad bin Tahir bin Abdullah bin Tahir. Segolongan masyarakat Nisabur telah mengikut bid’ahnya.
Kesesatan pengikutnya pada waktu itu dalam pelbagai bentuk yang banyak sekali. Kita menyebut kesesatan yang masyhur, yang mana yang jahat itu disebut:
i. Sesungguhnya Ibn Karram menyeru pengikutnya menjisimkan tuhan yang disembah, dan mendakwa bahawa Zat Allah itu mempunyai sempadan dan takat di bawah, atau arah yang ia berjumpa arasynya. Maka ini menyerupai golongan al-Thanawiyah (yang mengatakan): Sesungguhnya tuhan yang disembah yang dinamakan ‘nur’ (cahaya), mempunyai takat atau sempadan untuk berjumpa kegelapan walaupun bukanlah takat dari lima arah.
ii. Demikian juga Ibn Karram menyifatkan tuhan yang disembah itu sebagai ‘jauhar’ (iaitu sesuatu benda yang mengisi ruang) sebagaimana keyakinan orang-orang al-Nasara (kristian) bahawasanya Allah itu ‘jauhar’. Demikian itu kerana dia (ibn Karram) berkata dalam kitabnya: Sesungguhnya Allah SWT itu esa zatnya, esa juga jauharnya.
iii. Ibn Karram telah menyebut dalam kitabnya bahawa sesungguhnya Allah Taala memegang arasynya, dan al-Arasy itu adalah tempatnya.Rakan-rakannya mengubah lafaz al-mumassah (menyentuh) dengan lafaz 'al-mulaqat minhu lil 'arsy' (pertemuan atau berhadapan darinya dengan 'arsynya), iaitu mereka berkata: Tidah boleh adanya jisim antara Allah dan al-'Arasy kecuali sekiranya 'Arasy mengelilingi bahagian bawah. Inilah makna mumassah (menyentuh) yang dilarang dari menlafazkannya.
iv. Para sahabatnya berselisih pandangan mengenai makna 'al-istiwa' yang disebut oleh Firman Allah:
yang bermaksud: Allah bersemayam di atas 'Arasynya.
- antara pandangan mereka: segolongan mendakwa keseluruhan Arasy adalah tempat Allah. Dan sekiranya dicipta berhadapan Arasy itu Arasy-Arasy yang lain seumpamanya, maka jadilah keseluruhan Arasy-Arasy itu tempat bagi Allah, kerana Dia (Allah) lebih besar dari arasy-arasy itu. Pegangan ini membawa pengertian Arasy itu serupa arasy yang lain pada lebarnya.
- sebahagian berpandangan: Ada yang berkata: Sesungguhnya Dia tidak lebih besar pada arah pegang, dan Dia tidak juga lebih besar dari Arasynya. Pegangan ini membawa kepada lebarNya seperti lebar 'Arasy.
Bersambung… Insya Allah
Abu al-‘Izz
Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf
-
Shaykh Said Afandi al-Chirkawi - One of the musrhids who has been targetted by the so-called Salafi Wahabi Jihadi - Can you guess who did this? A bomb blast killed leading Islamic scholar in Dagestan - Shaykh Said Afandi al-Chirkawi *By Ibrahim Abdulaev : IslamDag.in...5 minggu yang lalu
-
Kelebihan Selawat - Assalamualaikum.. Di hari Jumaat yang barakah ini, penghulu segala hari di mana tidak akan berlaku kecuali pada hari Jumaat marilah sama-sama kita me...5 bulan yang lalu
-
-
Makna Sebuah Kehidupan - * * *Makna Sebuah Kehidupan...* Ketika insan melihat ke langit, Lalu bertanya kepada dirinya, Adakah langit sebagai hujungnya, Hujung bagi sebuah k...Setahun yang lalu
-
Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan
-
ISLAM MENANG ATAU ISLAM SERI? - Para pembaca budiman, Saya masih lagi membuat analisis kedudukan politik di Malaysia. Secara khusus saya membuat analisis mengenai Tahaluf PAS melalui PR, ...Seminggu yang lalu
-
Sambutan Hari Ibu - Salah seorang kawan ana bertanyakan hukum merayakan hari ibu. Ada yang mengharamkan dan ada yang menghalalkan. Menurut pandangan ana, merayakannya adalah ...Seminggu yang lalu
-
Debat .. Islamikkah Ia ? - Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi masakan p...11 bulan yang lalu
-
Antara Hikmah dan ‘Illah - (Disiarkan dalam Majalah Tarbawi 3, terbitan Akademi Tarbiah Pemuda) “Ustaz, kalau dah laksanakan hudud pun tak kurangkan jenayah bagaimana ya? Adakah perl...Setahun yang lalu
-
Persoalan Ibadat Korban di Aidiladha - Pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha bagi meraikan kejayaan sebilangan saudara seagama mengerjak...Setahun yang lalu
Ahli Hadith
-
Jasad Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA?? - *Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA* * * Menggali dan mengeluarkan mayat daripada kubur tanpa sebab yang kuat adalah perbuatan yang tidak harus. Ia adalah perb...Seminggu yang lalu
-
Rihlah ke Negeri Johor - Rihlah ku ke Negeri Johor Negeri Johor sebenarnya tidak asing lagi bagi penduduk Kerajaan Sultan Langkat pada masa dahulu, karena hubungan baik yang telah ...6 bulan yang lalu
Ahli Mazhab Syafie
-
Antara Teungku Sheikh Chik Taneh Abe, Sheikh Abdul Wahab dan Snouck Hurgronje dalam sejarah Aceh. - Munculnya *Pakar konspirasi* belanda, *Dr Snouck Hurgronje*, dalam sejarah Aceh, nama ini sangat menonjol dilidah dan hafalan orangramai. Snouck sanggup ...8 jam yang lalu
-
-
Hikmah Dalam Menjawab - Membelek-belek kitab *Majmu` Mawaa’idz wa Kalam* al-Imam al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘Umar BinSumaith رحمه الله تعالى. Maka terpanggil al-fagir untuk...2 hari yang lalu
-
Mutlak Hanya Allah al-Hadi ....... - Hidayah yang menyuluh kita ke arah jalan yang lurus benar menuju keredhaan Allah SWT adalah sesuatu anugerah Allah yang tiada taranya. Setiap kali membaca ...5 hari yang lalu
-
Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj. - Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj. Ketahui oleh mu bahawa sa Allah taala menjadikan ia bagi engkau akan faraj kerana kegunaan yang bangsa akhirat ...2 minggu yang lalu
-
Hendak Menyertai Jemaah Tabligh - HAMBA ALLAH : Salam..nak tanya sikit...masuk Tabligh bagus tak? ABU ZULFIQAR : Wlksm. Menyertai aktiviti-aktiviti Jemaah Tabligh memang bagus. Tapi s...Setahun yang lalu
-
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan - Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan Assalaamu`alaikum BismiLLaahirRahmaanirRahiim Untuk pengambilan pelajar tinggal diasrama madrasah perlukan dapur dan ...2 tahun yang lalu
-
Ahli Perubatan Islam
-
Di Sebalik Amalan Puja Nenek Moyang - Apa tujuan sesetengah masyarakat bukan Muslim menjalankan pemujaan atau penyembahan nenek moyang/leluhur? Sudah tentu ada sebab-sebab yang menarik untuk k...3 bulan yang lalu
-
DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM TIAF - Maklumat lanjut sila ke www.terapi-alfatah.blogspot.com5 bulan yang lalu
Ahli Psikologi/Kaunseling
-
RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P] - * * * * * * *RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P]* * * Punca utama perceraian apabila ramai disekeliling anda cuba menjadi jaguh bicara. Ya, a...7 bulan yang lalu
Ahli Perbandingan Agama
-
Hudud, qisas dan takzir hukum mandatori Islam: Menyelewengkan maksud syubhat demi menolak perlaksanaan hudud. - Assalaamualaikum dan salam hormat. Syubhat, adalah satu dari alasan penentang perlaksanaan hudud dalam negara yagn diperintah umat Islam. Mereka berkata hu...3 hari yang lalu
-
Of Blogging and Plagiarizing - One of the easiest ways to make an investment for akhirat is to write. And by writing i mean beneficial stuff, not just updates on what you had for break...4 minggu yang lalu
-
Ahli Bahasa Arab
-
Pemergian Almarhum Ustaz Rosni bin Ali Yang Sangat Dirasai - Saya baru dapat berita mengenai pemergian Almarhum Ustaz Rosni, salah seorang pegawai yang sangat rapat dengan pelajar di Mesir. Saya terkejut, dan hiba. ...4 bulan yang lalu
-
Alamat Isim - بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد ؛ بالجر والتنوين والنداء و أل ومسند للسم تمييز حص...Setahun yang lalu
-
PERBAHASAN HURUF TA’RIF (HURUF YANG MEMA’RIFATKAN) - ** *DEFISINI :* Huruf ta’rif adalah alif lam yang berfungsi mema’rifahkan suatu kalimat. Manakala menurut Imam Sibaweh : Huruf ta’rifnya adalah lam s...Setahun yang lalu
Ahli Qira'at / Tajwid
-
FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...Sebulan yang lalu
-
-
Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...3 tahun yang lalu
Ahli Pemikir Islam
-
-
Kolej Islam As-Sofa - Alhamdulillah, siap juga video ringkas ini. Khusus untuk semua para pelajar lepasan SPM, ayuh mendaftar di Kolej Islam As-Sofa.Sebulan yang lalu
-
Censuring the confused in their erroneous reading of verse (2:256) in the Holy Qurʾān - by Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal It is important to note that the true scholars of Islām who are expert in the exegesis (tafsīr) of Qurʿān are e...6 bulan yang lalu
-
Kertas Seminar Siyasah Syariyyah anjuran Muafakat Sabtu 12 November 2011 di UIAM - Siyasah Syar`iyyah Sebagai Instrumen Memelihara Keutuhan dan Kestabilan Negara Dr. Yusri bin Dato’ Mohamad Muqaddimah Tulisan ringkas ini akan cuba mengup...Setahun yang lalu
Ahli Kajian Dan Penyelidikan
-
Apa Yang Masyarakat Tidak Diberitahu - Apa yang masyarakat tahu: MSG ialah bahan perisa makanan yang buat makanan jadi sedap Apa yang masyarakat tak tahu: MSG ialah sejenis excitotoxin - bahan ya...12 jam yang lalu
-
Prof Dr Hamka Dan Tasawwuf - Penyertaan Ulama Berwibawa ke TQN Suryalaya Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah - Hamka ‘’Hamka’’ adalah ringkasan dari nama penuhnya Haji Abdul Ma...Setahun yang lalu
-
::Bersama Para Wali Allah:: - Tajuk: “Wanita Yang Tidak Berbicara Melainkan Ayat Suci Al-Quran”٭٭ Oleh: Mohammad Taha Bin Haji Hassan Sewaktu Abdullah bin al-Mubarak di dalam perjalana...2 tahun yang lalu
-
Aku Pijak di Medan Bumi - Oleh Mohd Akhmal Mohd Ali "Di mana bumi ku pijak, di situ Islam ku junjung!" Aku selalu dengar sebelum ini "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjun...3 tahun yang lalu
-
