CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Selasa, 9 Jun 2009

Tujuh Keutamaan Bergaul Dengan Ulama'

Oleh : Syeikh Abul Laits

Barangsiapa duduk dalam majlis ilmu bersama seorang yang berilmu, tetapi tidak mampu menghafaz sedikitpun ilmu yang disampaikan di sana, maka dia telah mendapatkan tujuh kemuliaan :

Pertama : Dia mendapatkan pahala yang disediakan bagi para penuntut ilmu.

Kedua : Selama duduk di dalam majlis itu, dia terhindar dari perbuatan dosa.

Ketiga : Rahmat ALlah menghampirinya ketika dia keluar dari rumah menuju majlis itu.

Keempat : Ketika orang-orang yang berada dalam majlis ilmu tersebut memperoleh rahmat, maka dia juga akan memperoleh bahagian darinya.

Kelima: Selama dia mendengarkan kajian di dalam majlis itu, dia tercatat sebagai seorang yang sedang beribadah kepada ALlah.

Keenam : Ketika dia sedih kerana kurang mampu memahami kajian yang disampaikan, maka kesedihannya itu menjadi sebuah penghubung untuk mendekatkan diri kepada ALlah.

Ketujuh : Di majlis itu, dia akan melihat kemuliaan seorang yang berilmu dan kehinaan seorang penderhaka. Akhirnya dia akan menyukai ilmu dan membenci perbuatan fasik.

Sumber : Muhammad Nawawi bin Umar al Jawi, Nasa'ihul 'Ibad, Bungkul Indah, Surabaya - Indonesia, hal 46.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sukacita dimaklumkan bahawa satu FORUM PERDANA TIGA (3) TUNGKU yang akan membincangkan tajuk mengenai Rukun Iman (sebelah pagi), Rukun Islam (sebelah petang) dan Rukun Ihsan (sebelah malam) akan diadakan di Masjid Kariah Kampung Pauh, Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 12 Jun 2009 (Jumaat). Masjid ini berhampiran dengan makam Tuan Tulis (Mursyid Tareqat Syathariah).Harap dihebahkan.....

FORUM PERDANA 1
Tajuk - Iman Makrifat Alim Sarjana
Masa - 9 pagi - 12 tgh

FORUM PERDANA 2
Tajuk - Falsafah Fakeh Khalifah Saka
Masa - 2.30 ptg - 5.30 ptg

FORUM PERDANA 3
Tajuk - Membersihkan Feqah Mengheningkan Usul
Masa - 8 mlm - 11 mlm