CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Jumaat, 16 Januari 2009

Hukum Memasang Alat Pewangi Di Dalam Masjid

Soalan :

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Masjid telah menerima permohonan daripada penaja swasta untuk membekalkan secara sukarela (semata-mata kerana Allah) bagi memasang alat pewangi automatik yang mengandungi bau¬-bauan moden (air freshener) di masjid-masjid.

Sehubungan dengan itu, sebelum Jabatan ini mengambil sebarang langkah mengenainya, Jabatan ini ingin mengetahui dari segi hukum memasang dan menggunakan alat berkenaan di dalam masjid.

Menggunakan bau-bauan yang harum di dalam masjid adalah digalakkan dalam Islam supaya disukai oleh para malaikat seperti bau haruman kasturi, ambar, kemenyan dan lain-lain seperti yang terdapat dalam kitab.

1. Apakah hukum memasang alat-alat pewangi automatik di dalam masjid yang mengandungi bau-bauan haruman yang moden seperti bau limau, oren, epal, bunga-bungaan seperti jasmine, violet, baby powder, waddy musk, citrus scent dan lain-lain yang seumpamanya yang tidak mengandungi alkohol dan benda-benda najis?
2. Apakah hukumnya jika bau-bauan tersebut dipasang/digunakan semburannya pada masa sembahyang sama ada berjemaah atau berseorangan di masjid dalam hubungannya dengan kekhusyukan sembahyang seorang itu?


Jawapan:

الحمد الله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين، اللهم هداية للصواب، وبعد.

Oleh kerana bau-bauan yang disebutkan itu tidak mengandungi najis sebagaimana yang dikatakan oleh penyoalnya sendiri, maka haruslah memasang alat-alat pewangi automatik itu di dalam masjid.

Adapun mengenai sejauh mana kesan bau-bauan harum itu terhadap kekhusyukan seseorang dalam sembahyangnya, sama ada akan bertambah-tambah khusyuk atau sebaliknya dengan sebab bau-bauan harum itu tidaklah dapat dipastikan kerana ini adalah masalah dalaman yang sukar 'disaluki' ( diterokai), namun jika melihat kepada sifat malaikat sangat suka kepada bau-bauan harum, maka manusia pun biasanya demikian juga, pada mas a ini minyak wangi telah menjadi bidang perniagaan.

Anjuran untuk mengharumkan masjid terdapat dalam hadis dan atsar di antaranya ialah sebagaimana disebutkan oleh AI-Imam AI-Suyuthi: "Bahawa AI-Zubair bin Bikar di dalam kitab Akhbfu- bagi Ibn AI-Dumainah daripada hadis mursal AI-Hasan bin AI-Hasan, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah menyuruh mengharumkan masjid pada hari Jumaat."

Ibnu Majah telah mentakhrijkan daripada Watsilah bin Al-Asqa' Radhiallahu 'anhu, katanya, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

جنبوا مساجدكم صبيانكم ومجانينكم وشراءكم وبيعكم (وخصوماتكم ورفع أصواتكم وإقامة حدودكم وسل سيوفكم واتخذوا على أبوابها المطاهر) وجمروها في الجمع.

Maksudnya:
"Jauhkanlah masjid-masjid kamu daripada kanak-kanak, orang gila, berjual beli, (pertelingkahan, peninggian suara/kebisingan, perlaksanaan hukum hudud, penghunusan pedang dan letakkanlah di pintunya tempat bersuci) dan harumkanlah masjid itu pada hari-hari Jumaat. "(Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah).

Abu Ya'la telah mentakhrijkan Ibnu 'Umar Radiallahu ianhuma, bahawa 'Umar Radiallahu 'anhuma sentiasa mengharum-harumkan masjid pada setiap Jumaat. (Khushushiyyat Yaum AI-Jumu'ah li AI-Imam AI-Suyuthi h.65).


Selain daripada itu telah menjadi tradisi pada tiap-tiap tahun di musim haji, Ka'bah akan dibersihkan seterusnya diberi wangi-wangian di dalamnya. Perkara ini tidak terbatas pada hari Jumaat semata-mata kerana Hajar AI-Aswad dan lingkungannya, kiswah Ka'bah dan batu-batu binaan Ka'bah di bahagian sebelah bawah yang mudah dicapai, sering sahaja disapu atau dilumur dengan bau-bauan 'athar. Hatta di dalam Masjid AI-Haram dan. di sekeliling mathaf juga kita melihat orang-orang membawa pedupaan yang mengeluarkan asap yang wangi daripada kayu gaharu. Ini adalah mengambil kira, bahawa mewangikan masjid dengan bau-bauan seperti gaharu, kemenyan dan lain-lain itu adalah memang disuruh, yakni sunat mengharumkan masjid pada setiap hari Jumaat sebagaimana hadis di atas.

Sebagai pengetahuan tambahan, adalah tidak harus mengambil sesuatu daripada minyak wangi atau haruman daripada Ka'bah bagi tujuan tabarru ' atau lainnya, dan sesiapa yang mengambilnya wajiblah mengembalikannya ke tempatnya semula. Andainya dia ingin memperolehi tabarru ' hendaklah membawa minyak wangi sendiri, lalu menyapukan minyak wangi itu ke Ka'bah, kemudian mengambil dengan menyapu minyak wanginya itu balik seperti dalam I'lam AI-Sajid bi Ahkam AI-Masajid oleh AI-'Allamah Muhammad bin Abdullah AI-Zarkasyi.

Jadinya; mengenai dengan meletakkan bau-bauan harum di dalam masjid adalah diharapkan dapat menambah suasana yang harmoni dalam masjid dan mudah-mudahan kesan selanjutnya akan mendatangkan kekhusyukan kepada orang-orang yang melakukan sembahyang tanpa sebarang gangguan. Yang lebih baik (kerana rata-rata orang adalah menerimanya dengan senang hati dan suka) ialah daripada jenis 'athar dan gaharu.


Country Of Origin : Brunei darussalam

Fatawa Issuing Body : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaa
Date Of Issue : 1998
Send this story to a friend

Tiada ulasan:

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu
  • Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...
    4 tahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan