CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Isnin, 22 Disember 2008

Bahaya Anti Hadith Bab 4

(d) Memesongkan Pengertian Sebenar Ayat-ayat Al-Quran.

Antara penyelewengan paling nyata yang dilakukan oleh Kumpulan Anti Hadith ini ialah menterjemah dan menafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut "selera" sendiri tanpa memperhitungkan disiplin ilmu Islam yang sebenarnya. Contoh ayat-ayat yang telah diselewengkan tersebut ialah:

(i) Ayat 12, Surah at-Taghaabun.

Ayat ini telah ditafsirkan dengan maksud bahawa taat kepada rasul bermakna taat kepada wahyu (Quran). Penjelasan mengenai ayat ini dikembangkan oleh Kassim Ahmad, di dalam buku "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK".

"Ayat ini menerangkan bahawa tugas rasul hanyalah menyampaikan wahyu Allah, iaitu Quran . Jadi, taat kepada rasul bermakna taat kepada Allah yang diwakili oleh rasul-Nya dalam Quran, dan berpegang kepada Quran. Jadi, taat kepada rasul dengan sendirinya bermakna taat kepada Allah dan berpegang kepada Quran".

"Bukti-bukti bahawa inilah makna ungkapan tersebut yang sebenar dapat dilihat dari kegunaan perkataan "rasul" dan bukan Muhammad', dan juga dari banyak ayat Qurlain yang memerintah kita supaya tunduk,berpegang dan patuh hanya kepada Tuhan". (hal. 26 & 27)

(ii) Ayat 114, Surah Hud.

Pengertian ayat ini telah diselewengkan dengan maksud bahawa sembahyang hanya tiga kali sehari, iaitu Subuh, Maghrib dan Isyak.

"Othman memberikan contoh surah II : 114 yang berbunyi:

Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang dan awal malam. Ayat ini bermakna sembahyang hanya tiga kali sehari, iaitu Subuh, Maghrib dan Isyak ........ (Petikan dari Utusan Malaysia, 14 Julai 1995 Kenyataan oleh Othman Ali).

(iii) Ayat 15, Surah Toha.

Pengertian ayat ini telah diselewengkan dengan maksud bahawa:

"Saat itu (tamatnya dunia) pasti tiba, Aku hampir-hampir merahsiakannya supaya tiap-tiap diri dibalas mengikut kerjanya" (Petikan dari buku "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK tulisan Kassim Ahmad hal. 57)

Dengan pentafsiran seperti di atas, Kumpulan Anti Hadith ini mendakwa bahawa tarikh akan berlakunya kiamat tidak menjadi rahsia kepada manusia, malah ianya boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah Kod 19 (Lihat Perkara e).

ULASAN

Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. (Al-Ahzaab: ayat 40)

Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu yang mengaku dirinya seorang Islam, mentaati Allah dan RasuINya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketaatan kepada Rasul ini ialah dengan mengikuti dan mentaati ajaran Allah yang dilaksanakan dalam peribadi Nabi Muhammad s.a.w. semasa hidupnya dan selepas wafatnya serta mentaati ajaran yang ditinggalkan iaitu Al-Quran dan al-Sunnah. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan ke"Ulil Amri"(orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (sunnah) RasuINya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa': ayat 59)

Ayat Al-Quran di at'as jelas menyatakan bahawa setiap individu Islam wajib mentaati Rasulullah s.a.w. tanpa berbelah bagi dan mengakui kerasulannya yang diutuskan oleh Allah sebagai pentafsir kepada Al-Quran. Jika sekiranya timbul sesuatu perselisihan di dalam menyelesaikan sesuatu masalah, perlulah dirujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Inilah garis panduan yang telah diberikan oleh Islam.
Mentafsir ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan akal fikiran sendiri dengan sewenang-wenangnya adalah haram. Ini telah disepakati oleh para ulama, berdasarkan hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Ibnu Abbas ra katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berkata tentang Al-Quran tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan, maka hendaklah ia menempah tempat duduknya di dalam neraka" (Riwayat At-Tirmidhi)

Tiada ulasan: