Sebenarnya Hadith telah wujud di zaman Rasulullah. Pada masa Rasulullah s.a.w.
Hadith disampaikan melalui:
(i) Pengucapan
Dalam masa menyampaikan Hadith, didapati Rasulullah s.a.w. tidak menentukan tempat tertentu. Walau bagaimanapun sudah menjadi kebiasaan bagi Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith di masjid dan di rumah Rasulullah s.a.w. sendiri. Oleh kerana apa-apa yang disampaikan begitu penting kepada orang-orang Islam, maka di dalam menyampaikannya, Rasulullah s.a.w.mengulanginya sebanyak tiga kali, supaya apa-apa yang disampaikan itu, senang dihafaz dan diamal oleh para sahabat (4) Sementara bahasa dan nada suaranya pula mengikut keadaan dan suasana. Adakala Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith dengan nada suara yang tinggi, agar memberi ingatan kepada sahabat bahawa kandungan Hadith itu adalah mustahak dan sebaliknya dalam keadaan tertentu Rasulullah s.a.w. menyampaikan dengan nada suara yang rendah. Ini semua dilakukan supaya menimbulkan keberkesanan kepada orang-orang yang mendengarnya. Dari bukti sejarah ada menunjukkan bahawa pengajaran Hadith bukan sahaja disampaikan kepada kaum lelaki, malah kepada kaum perempuan, walau bagaimanapun penyampaian itu
dilakukan di tempat yang berasingan.
(ii) Catatan
Di samping penyampaian Hadith melalui pengucapan, didapati Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith melalui catatan iaitu pada masa hayatnya, Rasulullah s.a.w. ada memerintah penulis-penulis baginda menulis surat untuk dihantar kepada pemerintah-pemerintah bukan Islam menyeru mereka kepada agama Islam, surat kepada gabenor-gabenor, ketua-ketua tentera dan membuat surat perjanjian. (5)
(iii) Amalan
Ajaran-ajaran agama Islam yang tersirat dalam Hadith tidak memadai disampaikan melalui pengucapan dan catatan sahaja, malah ia memerlukan contoh teladan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Berdasarkan hakikat inilah, didapati banyak Hadith menggambarkan bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar para sahabat melakukan sembahyang, melakukan ibadat puasa, haji dan lain-lain lagi. Umpamanya dalam ibadat sembahyang, terdapat Hadith yang menegaskan bahawa orang-orang Islam hendaklah menunaikan sembahyang sepertimana baginda bersembahyang. (6)
Berdasarkan huraian di atas, dapatlah disimpulkan:
Pertamanya Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith melalui pengucapan, amalan dan penulisan. Kedua, oleh kerana Hadith merupakan sumber yang kedua penting di dalam Islam, para sahabat berusaha sedaya upaya untuk memperolehinya. Ketiga, pada masa ini penulisan dan pengumpulan Hadith secara individu telah berlaku, contohnya; Abdullah bin Amr telah mengumpulkan Hadith dalam satu sahifah: al-Sahifah al-Sadiqah (7)
(b) Menolak Dua Kalimah Syahadah
Kumpulan Anti Hadith ini berfahaman bahawa Dua Kalimah Syahadah yang diucapkan oleh umat Islam adalah dilarang oleh Al-Quran, kerana syahadah yang diwajibkan hanyalah A'U@ @i JI '9. Antara penulisan-penulisan mereka yang dikenaipasti mengembangkan fahaman ini ialah:
(i) Buku "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik Tulisan Kassim Ahmad:
"Quran mengajar syahadah dalam tiga buah ayat, iaitu ayat 18, surah 3 yang menyatakan bahawa Tuhan, para malaikat dan orang-orang yang berilmu bersaksi bahawa "Tiada Tuhan melainkan Allah", Ayat 19, Surah 47 yang menegaskan "Ketahuilah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. "dan ayat 1, Surah 63 yang Membatalkan kenyataan orang-orang munafik yang mendakwa, "Kami bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah".
"Dua kalimah syahadah yang diajar dalam hadis itu bercanggah dengan ayat-ayat di atas" (hal. 141).
(ii) Akhbar Utusan Malaysia 14 Julai, 1995, kenyataan oleh Othman Ali:
"Selain itu, tambahnya, Al-Quran turut menyebut bahawa syahadat itu tiada Tuhan Melainkan Allah sedangkan ulama mengajarkan kepada kita bahawa syahadat itu termasuklah juga bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Bukan sahaja syahadat kita salah, malah ia juga mengakibatkan sembahyang kita salah kerana menyebut nama Nabi semasa tahiyat awal dan akhir."
(iii) Buku "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari TuhanMu-Hadith Di dalam Al-Quran", Oleh Idris Abdul Rahman,
"Beriman kepada Nabi pada mereka bermakna beriman kepada Hadithnya. Mereka gunakan dua kalimah syahadah sebagai bukti mereka. Kata mereka syahadah kepada Allah tidak boleh dipisahkan dari syahadah kepada RasuL Ini sahaja mereka sudah mempersekutukan Allah dengan Rasul seolah-olah Allah tidak boleh berdiri dengan sendirinya." (hal. 316)
ULASAN
Agama Islam dibina di atas lima rukun. Mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam yang pertama. Ini telah dijelaskan oleh hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Ibnu Umar ra. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan". (Riwayat Ahmad, AI Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan An Nasa'i)
Sabda Nabi lagi:
Daripada Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang Islam Ialu baginda menjawab, "Islam ialah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, menditikan sembahyang, menunaikan zaka4 berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji jika engkau berkemampuan. Ia berkata "engkau benar "............................" (Riwayat Muslim)
Oleh itu setiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam,wajib menerima dan mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah. la wajib memelihara agama Islamnya daripada segala apa yang boleh merosakkannya.
Di dalam Al-Quran sendiri dijelaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah yang diutus kepada sekalian manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Katakanlah! (Wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutuskan oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasuINya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahnya (Kitab-kitabnya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah pertunjuk. (Surah Al-A'raaf ayat 158)
Jom Bantu Memberi Faham!
Terima Kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kepada umat Islam yang lain.
Kepada para sahabat dan ilmuwan agama yang pakar dalam aqidah, usuluddin, al Quran, hadith, usul feqh, feqh dan disiplin ilmu yang lain (mengikut Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah) diharap dapat berkunjung ke laman-laman web di bawah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di Malaysia :
1.

Kami sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada Umat Islam di Malaysia di dalam
JomFaham
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf
-
Shaykh Said Afandi al-Chirkawi - One of the musrhids who has been targetted by the so-called Salafi Wahabi Jihadi - Can you guess who did this? A bomb blast killed leading Islamic scholar in Dagestan - Shaykh Said Afandi al-Chirkawi *By Ibrahim Abdulaev : IslamDag.in...5 minggu yang lalu
-
Kelebihan Selawat - Assalamualaikum.. Di hari Jumaat yang barakah ini, penghulu segala hari di mana tidak akan berlaku kecuali pada hari Jumaat marilah sama-sama kita me...5 bulan yang lalu
-
-
Makna Sebuah Kehidupan - * * *Makna Sebuah Kehidupan...* Ketika insan melihat ke langit, Lalu bertanya kepada dirinya, Adakah langit sebagai hujungnya, Hujung bagi sebuah k...Setahun yang lalu
-
Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan
-
ISLAM MENANG ATAU ISLAM SERI? - Para pembaca budiman, Saya masih lagi membuat analisis kedudukan politik di Malaysia. Secara khusus saya membuat analisis mengenai Tahaluf PAS melalui PR, ...6 hari yang lalu
-
Sambutan Hari Ibu - Salah seorang kawan ana bertanyakan hukum merayakan hari ibu. Ada yang mengharamkan dan ada yang menghalalkan. Menurut pandangan ana, merayakannya adalah ...Seminggu yang lalu
-
Debat .. Islamikkah Ia ? - Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi masakan p...11 bulan yang lalu
-
Antara Hikmah dan ‘Illah - (Disiarkan dalam Majalah Tarbawi 3, terbitan Akademi Tarbiah Pemuda) “Ustaz, kalau dah laksanakan hudud pun tak kurangkan jenayah bagaimana ya? Adakah perl...Setahun yang lalu
-
Persoalan Ibadat Korban di Aidiladha - Pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha bagi meraikan kejayaan sebilangan saudara seagama mengerjak...Setahun yang lalu
Ahli Hadith
-
Jasad Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA?? - *Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA* * * Menggali dan mengeluarkan mayat daripada kubur tanpa sebab yang kuat adalah perbuatan yang tidak harus. Ia adalah perb...Seminggu yang lalu
-
Rihlah ke Negeri Johor - Rihlah ku ke Negeri Johor Negeri Johor sebenarnya tidak asing lagi bagi penduduk Kerajaan Sultan Langkat pada masa dahulu, karena hubungan baik yang telah ...6 bulan yang lalu
Ahli Mazhab Syafie
-
Hikmah Dalam Menjawab - Membelek-belek kitab *Majmu` Mawaa’idz wa Kalam* al-Imam al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘Umar BinSumaith رحمه الله تعالى. Maka terpanggil al-fagir untuk...20 jam yang lalu
-
Muerah Silu- Malikus Sholeh- Sulthan Pasai. - Meurah Silu- al Malikus Sholeh, Raja yang sangat merendah diri, Alim, Boleh Berbahasa Arab, Setiap minggu mengumpul para ulama untuk muzakarah ilmu denga...2 hari yang lalu
-
Mutlak Hanya Allah al-Hadi ....... - Hidayah yang menyuluh kita ke arah jalan yang lurus benar menuju keredhaan Allah SWT adalah sesuatu anugerah Allah yang tiada taranya. Setiap kali membaca ...3 hari yang lalu
-
Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj. - Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj. Ketahui oleh mu bahawa sa Allah taala menjadikan ia bagi engkau akan faraj kerana kegunaan yang bangsa akhirat ...2 minggu yang lalu
-
Hendak Menyertai Jemaah Tabligh - HAMBA ALLAH : Salam..nak tanya sikit...masuk Tabligh bagus tak? ABU ZULFIQAR : Wlksm. Menyertai aktiviti-aktiviti Jemaah Tabligh memang bagus. Tapi s...Setahun yang lalu
-
-
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan - Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan Assalaamu`alaikum BismiLLaahirRahmaanirRahiim Untuk pengambilan pelajar tinggal diasrama madrasah perlukan dapur dan ...2 tahun yang lalu
-
Ahli Perubatan Islam
-
Di Sebalik Amalan Puja Nenek Moyang - Apa tujuan sesetengah masyarakat bukan Muslim menjalankan pemujaan atau penyembahan nenek moyang/leluhur? Sudah tentu ada sebab-sebab yang menarik untuk k...3 bulan yang lalu
-
DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM TIAF - Maklumat lanjut sila ke www.terapi-alfatah.blogspot.com5 bulan yang lalu
Ahli Psikologi/Kaunseling
-
RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P] - * * * * * * *RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P]* * * Punca utama perceraian apabila ramai disekeliling anda cuba menjadi jaguh bicara. Ya, a...7 bulan yang lalu
Ahli Perbandingan Agama
-
Hudud, qisas dan takzir hukum mandatori Islam: Melaksanakan hudud adalah diperlukan untuk mengimbangi suasana judi dan arak di Malaysia. - Assalaamualaikum. Malaysia satu-satunya negara yang paling unik di dunia. Unik kerana ia dihuni oleh tiga kaum terbesar yang berbeza. Kaum terbesar ialah m...3 minggu yang lalu
-
Of Blogging and Plagiarizing - One of the easiest ways to make an investment for akhirat is to write. And by writing i mean beneficial stuff, not just updates on what you had for break...3 minggu yang lalu
-
Ahli Bahasa Arab
-
Pemergian Almarhum Ustaz Rosni bin Ali Yang Sangat Dirasai - Saya baru dapat berita mengenai pemergian Almarhum Ustaz Rosni, salah seorang pegawai yang sangat rapat dengan pelajar di Mesir. Saya terkejut, dan hiba. ...4 bulan yang lalu
-
Alamat Isim - بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد ؛ بالجر والتنوين والنداء و أل ومسند للسم تمييز حص...Setahun yang lalu
-
PERBAHASAN HURUF TA’RIF (HURUF YANG MEMA’RIFATKAN) - ** *DEFISINI :* Huruf ta’rif adalah alif lam yang berfungsi mema’rifahkan suatu kalimat. Manakala menurut Imam Sibaweh : Huruf ta’rifnya adalah lam s...Setahun yang lalu
Ahli Qira'at / Tajwid
-
FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...Sebulan yang lalu
-
-
Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...3 tahun yang lalu
Ahli Pemikir Islam
-
-
Kolej Islam As-Sofa - Alhamdulillah, siap juga video ringkas ini. Khusus untuk semua para pelajar lepasan SPM, ayuh mendaftar di Kolej Islam As-Sofa.Sebulan yang lalu
-
Censuring the confused in their erroneous reading of verse (2:256) in the Holy Qurʾān - by Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal It is important to note that the true scholars of Islām who are expert in the exegesis (tafsīr) of Qurʿān are e...5 bulan yang lalu
-
Kertas Seminar Siyasah Syariyyah anjuran Muafakat Sabtu 12 November 2011 di UIAM - Siyasah Syar`iyyah Sebagai Instrumen Memelihara Keutuhan dan Kestabilan Negara Dr. Yusri bin Dato’ Mohamad Muqaddimah Tulisan ringkas ini akan cuba mengup...Setahun yang lalu
Ahli Kajian Dan Penyelidikan
-
Rokok: Frequently Asked Questions! - Ikuti soalan dan jawapan dari TSM tentang rokok Semoga dapat memberi tips dan dorongan untuk mereka yang mahu berubah kepada kebaikan. * * *S: Apa ada d...3 hari yang lalu
-
Prof Dr Hamka Dan Tasawwuf - Penyertaan Ulama Berwibawa ke TQN Suryalaya Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah - Hamka ‘’Hamka’’ adalah ringkasan dari nama penuhnya Haji Abdul Ma...Setahun yang lalu
-
::Bersama Para Wali Allah:: - Tajuk: “Wanita Yang Tidak Berbicara Melainkan Ayat Suci Al-Quran”٭٭ Oleh: Mohammad Taha Bin Haji Hassan Sewaktu Abdullah bin al-Mubarak di dalam perjalana...2 tahun yang lalu
-
Aku Pijak di Medan Bumi - Oleh Mohd Akhmal Mohd Ali "Di mana bumi ku pijak, di situ Islam ku junjung!" Aku selalu dengar sebelum ini "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjun...3 tahun yang lalu
-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan